Kurang Pemahaman, Gadis Bertudung Dedah Susuk Tubuh

Susuk Badan Wanita

Menutup aurat adalah kewajipan bagi setiap muslim tambahan lagi kepada seorang wanita. Aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka. Ada pelbagai syarat untuk menutup aurat. Namun, ia sudah memadai sekadar memakai tudung. Harus juga diingat bertudung hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Islam.

Asma’ anak Saidina Abu Bakar pernah ditegur oleh Rasulullah SAW dalam bab berpakaian kerana pakaian yang dipakai Asma’ terlalu nipis hingga menampakkan susuk tubuh yang sepatutnya disembunyikan.

Pada zaman sekarang terdapat banyak model tudung dipasaran seperti tudung bawal, shawl atau tudung Ariani. Apa sahaja model tudung yang difesyenkan, janganlah lupa tujuan asal bertudung itu sendiri.

Tudung yang labuh mampu menutup bahagian hadapan, tepi dan belakang. Dengan ini ia dapat menghindarkan wanita itu daripada pandangan mata lelaki. Terutama mereka yang hidung belang.

Walaupun kini, imej gadis bertudung semakin tercemar, eloklah kita tidak membangkitkan sikap berperasangka buruk kepada gadis bertudung.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

Bertapa rendahnya maruah wanita itu andainya dibiarkan tubuhnya untuk ditonton dikhalayak ramai sedangkan tubuhnya itu hanya layak diperlihatkan oleh mahram dan suaminya sahaja. Dan betapa dayusnya seorang lelaki andainya membiarkan isteri dan anak-anak perempuan mereka menutup aurat secara ala kadar.

Semoga tiada amalan yang tersangkut kerana kejahilan kita sendiri.

Carian Berkaitan

gadis bertudung, dedah tubuh, gadis berpurdah nak berkenalan, gadis bertudung dalam sweetie nanie, gadis bertudung gian, gadis bertudung gian main

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #gadis dedah susuk tubuh #gadis menutup aurat #kenapa perlu menutup aurat #sebab perlu menutup aurat

Ingin Ringankan Bebanan Belanjawan Anda? Ikuti Enam Cara Mudah Ini
Anda risau dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari? Duit anda
Bosan? Lima Cara Ini Awesomekan Hujung Minggu Kamu
Cuti di hujung minggu kadang kala sangat membosankan. Ini kerana tiada aktiviti-aktiviti yang
Teknik Ringkas Merakam Gambar Seperti Seorang Fotografer Profesional?
Dalam merakam gambar moment atau detik indah, kita sering terlepas pandang berkenaan beberapa
Lelaki! 11 Item Fesyen Ini Wajib Anda Miliki
Apa itu Fesyen? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fesyen didefinasikan sebagai gaya pakaian,

Comments are closed.