Kisah Dua Kontraktor Binaan

untitled

Dalam sebuah kampung, ada dua (2) orang kontraktor binaan. Masing-masing telah mendapat projek yang dikurniakan oleh orang kaya untuk membina jambatan dari sebuah kampung melintasi sungai ke seberang kampung lain. Tempoh yang dipersetujui oleh mereka ialah selama dua (2) bulan. Maka, sejak itu bermulalah kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut dan diawasi oleh seorang wakil khas lantikan orang kaya bagi tujuan memantau perjalanan projek tersebut.
Setelah sebulan kerja-kerja dijalankan, kontraktor A telahpun berjaya menyiapkan hampir sepenuhnya jambatan dan hanya menunggu untuk kerja akhiran projek tersebut. Namun, berbeza dengan kontraktor B yang hanya dapat menyiapkan rangka besi sahaja pada jangka masa tersebut. Ini adalah kerana kontraktor B sangat jujur dan tidak “mencuri” dalam proses menyiapkan projek tersebut. Kontraktor B juga sering ditegur dan diubah spesifikasi asal struktur jambatan oleh wakil yang menjaga projek. Apa tidaknya, kontraktor B tidak pernah faham untuk melayan karenah wakil orang kaya dalam memenuhi apa sahaja keperluan peribadi beliau yang berlaku diluar proses pembinaan tersebut.
Setelah tamat tempoh dua (2) bulan, projek tersebut gagal disiapkan oleh kontraktor B dalam masa ditetapkan dan projek itu hanya dapat disiapkan dalam tempoh tiga (3) bulan berikutnya, manakala kontraktor A telahpun mula membuat tuntutan bayaran terhadap projek tersebut. Akhirnya pada bulan ke empat, kedua-dua jambatan tersebut telahpun siap dan mula digunakan oleh orang ramai untuk menyeberang. 
Apabila tiba musim hujan, jambatan yang dibina oleh kontraktor A mula menunjukkan kesan keretakkan pada struktur asas dan jambatan tersebut terpaksa ditutup bagi menjaga keselamatan orang ramai yang menggunakan kemudahan tersebut. Setelah dikenalpasti, jambatan tersebut perlu dirobohkan dan dibina semula. Lainlah cerita bagi jambatan yang dibina oleh kontraktor B, ia tetap utuh dan selamat digunakan sehingga kini.
Daripada cerita tersebut, para pembaca sudah pasti mempunyai komen yang tersendiri…. 🙂 
Oklah GO!

Shino said : biasalah tu..
pic by flickr

Artikel Berkaitan

Tags: #binaan #jambatan #kontraktor #projek

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    Mr Noble6 years ago

    pehh.. payah ni. siap cepat tp pastu ada masalah, yg lg satu siap lmbt tp hasilnya takde masalah. lain kali kene carik kontrekter lain yg boleh siap ontime & tiada masalah dgn hasilnya :p

    Reply
  2. author
    Author

    Encik Shino6 years ago

    Mr Noble,
    Banyak tersirat dalam cerita ni.. 🙂

    Reply

Leave a reply "Kisah Dua Kontraktor Binaan"