Ketahui Apakah Yang Dijadikan Sebagai Pelaris Perniagaan


Perkara spiritual memang susah kita nak tahu dari segi kesahihannya. Tetapi, iktiar adalah perkara yang boleh kita cuba. Mana tahu, dengan izin Allah s.w.t perkara tersebut benar-benar berlaku. Kalau nak ulas pasal percaya atau tak percaya itu terpulanglah pada individu. Tapi jangan pula sampai kita tergelincir atau melakukan perkara syirik yang dilarang. Yang pasti, kita harus percaya bahawa wujudnya makhluk halus dalam dunia yang nyata ini. Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang terjadi yang mungkin memberi sedikit maklumat berkenaan apakah itu pelaris?

Kisah 1 :
Seorang pernah menerangkan bahawa perlu menyimpan wang kertas yang bersiri nombor ganjil di semua angka dan menyimpannya ke dalam dompet. Ini juga dikatakan sebagai pelaris untuk rezeki.

Kisah 2 :
Seorang nenek yang menjual goreng pisang mengamalkan pelaris dengan cara mengikat duit kertas RM5 dengan seutas getah dan diletakkan ke dalam tabung duit perniagaannya.

Kisah 3 :
Ada juga yang mengamalkan solat hajat beramai-ramai pada premis yang baru dibuka dan menggunakan Air Zam-zam sebagai pelaris kedai mereka. Air tersebut di siram di sekeliling premis perniagaan dengan harapan supaya perniagaannya maju.

Kisah 4 :


Ada seorang lelaki telah mengambil pelaris bagi tujuan memajukan perniagaan. Dia menggunakan khidmat Tok Sami yang mana menggunakan abu mayat manusia sebagai pelaris perniagaannya. Hasilnya perniagaan bertambah maju dari hari ke hari. Tapi, ada juga pantang larangnya. Menurut Tok Sami, beliau dilarang pergi ke tempat orang meninggal. Pada suatu hari yang tak disangka, berlaku kemalangan di depan kedai beliau dan mangsa kemalangan cedera parah dan mati ditempat kejadian. Beliau tanpa menyedari telah berada di tempat kejadian untuk memberi pertolongan. Maka, selepas peristiwa kedai beliau kurang dikunjungi dan akhirnya beliau terpaksa menutup perniagaannya.

Kisah 5 :
Ada juga yang percaya bahawa batu “Mani Gajah” yang dibuat cincin mempunyai khasiat yang boleh mencerahkan wajah muka pemakai. Selain itu, buluh perindu juga bersifat ke arah pelaris kepada pemakai.

Buluh Perindu

Bila bercerita dengan seorang dukun yang berumur lebih setengah abad, kisah buluh perindu ini memang wujud. Dan di suatu bukit (Hanya diketahui oleh mereka yang mengamalkan suatu ilmu) memang ada pokok buluh perindu. Nak bagitau bahawa hebatnya suara buluh perindu ini, ada satu cerita yang mana banyak binatang hutan yang melalui kawasan pokok buluh perindu akan menunggu dan mendengar suara buluh perindu sehingga binatang itu mati akibat tidak mahu makan kerana asyik mendengar suara buluh perindu. Diceritakan juga buluh perindu digunakan oleh seniman agung yang mana suara beliau kekal lunak sehingga sekarang.

Oklah setakat ini sahaja penerangan berkenaan pelaris, yang lain-lain terpulanglah pada anda untuk menilai. Segalanya datang dari Allah swt.

Carian Berkaitan

duit bersiri ganjil, pelaris tabong duit

Artikel Berkaitan

Tags: #kisah guna pelaris perniagaan #pelaris perniagaan #pelaris wajah #Sebagai Pelaris Perniagaan

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    the life of cikgu sue7 years ago

    Kisah 4 amat menakutkan.Ada jugak orang yang percaya pada tok sami.

    Sebenarnya bab-bab pelaris ni dah lama wujud.Cuma janganlah kita terpengaruh.Dengar boleh,mengamalkannya? kena fikir berkali-kali.

    Amalkan saja surah-surah dari Al-Quran.

  2. author

    Faizal@poyan7 years ago

    salam shino..

    mcm2 org akan buat jika dah terdesak, sehinggakan perkara yang di haramkan oleh agama pun org itu akan buat..

    emmm apa yang penting untuk pelaris ni, kita di ajar supaya membaca ayat 1000 dinar dan membaca surah al waqiah dan berdoa kepada Allah..

    tak payah la berusaha untuk jalan kesesatan tu …

  3. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    the life of cikgu sue,
    Setuju!

    Faizal@poyan,
    Zaman sekarang dengan iman setebal seurat rambut, mudahlah percaya pd benda2 gni 🙂