Kenapa Lelaki Pilih Awek Penampilan Menarik?

Muslim Hijab

Kebanyakan lelaki akan memilih perempuan yang berpenampilan menarik. Ini adalah kerana ia sedikit sebanyak memberikan kepuasan dan keinginan terhadap perempuan yang berpenampilan sebegitu. Maksudnya di sini adalah penampilan yang disukai oleh mereka. Walaupun percubaan atau kemahuan itu dinampak seperti mementingkan diri sendiri dan perkataan “That’s me” dan “Terima seadanya” akan memerangkap segala percubaan itu.

Penampilan diri sangat penting dalam pasangan dan aku pernah terbaca suatu artikel menyatakan bahawa 80% daripada kecantikan wanita terletak pada penampilan mereka. Maka, di sini perempuan yang tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa juga boleh dilihat sangat cantik jika berpenampilan menarik. Dan percayalah, perempuan yang secara naturalnya sangat cantik dan tidak pandai mengayakan pakaian pasti dilihat sangat selekeh dan ter-over.

Maksud penampilan menarik di sini adalah – memakai pakaian dan mengayakan pakaian tersebut mengikut usia, masa dan trend semasa. Kadangkala, ada juga perempuan yang berpakaian seolah-olah seperti 10 tahun lebih tua dari usia sebenar mereka. Lelaki kadangkala tidak akan mengambil risiko menegur perilaku tersebut kerana sudah sedia maklum bahawa percubaan menegur cara pemakaian perempuan boleh diumpamakan seperti “mencurahkan minyak ke dalam api yang marak menyala”. Tolong jangan cuba.

Untuk kelihatan menarik bukanlah dengan cara memilih pakaian yang berjenama dan mahal sahaja. Malah pakaian yang sangat biasa dan murah pun boleh nampak menarik jika pandai memilih dan mengayakannya.

Kadangkala sangat susah untuk mengubah corak pemakaian seseorang dan apa yang pasti setiap pendapat yang sering ditolak bulat-bulat mengundang sedikit perasaan kecewa kepada seorang insan yang kononnya mahu temannya berpenampilan begitu iaitu menarik di mata beliau.

Tetapi persoalannya; Adakah salah jika seseorang itu mahukan teman mereka mempunyai penampilan yang disukai olehnya? Bukan untuk orang lain, tapi untuk mereka juga kan…? Rupa adalah perkara kekal dan penampilan itu adalah berubah-ubah kan?


Artikel Berkaitan

Tags: #awek comel lelaki suka #cantik tidak semestinya make up #Kenapa Lelaki Pilih Awek Penampilan Menarik? #make up tak semestinya cantik

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    Hananeechan7 years ago

    Org perempuan selalunya tak payah disuruh-suruh untuk kelihatan kemas..
    selalu nyer la..sbb naluri perempuan mmg suka sesuatu yang cantik dan comel.
    🙂

    org laki, saya tak sure..tapi adik laki saya mmg tak kisah langsung bab penampilan. main redah je..haihh~

  2. author

    TsUjUn7 years ago

    errkkkk..
    tetiba blur kejap..
    tapi,
    kalo dah nama perempuan even dia cuba untuk berlagak seperti kaum yang berlawanan.
    tetapi tetap kemas juga style dia..
    cuba tgk rambut dia..
    kalah lelaki.

  3. author

    .fatin nabila.7 years ago

    if suh pakai chantek2, selagi xmendatangkan masalah oke. my ex, pnh suh i pkai sexy2, ikot taste dia, tp, i xske. sedang2 oke, sendat mendat, sexy, no way. n akhirnya, break up n i like it. 🙂

  4. author

    LadybugYNA7 years ago

    pkai cntik2, sy suka! tp sometimes ada time xde mood nk pkai cntik2.jd,bila keadaan mcm ni mmg memerlukn utk berkata "terimalah sy seadanya".

    Siyes, pmpn mmg kna pndai dressing.rupa mmg dah xleh ubah.so ape salahnye ubah penampilan.mata pun sejuk memandang.

  5. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    hananeechan,
    naluri perempuan mmg suka cantik..
    agree. 🙂

    tsujun.
    hehe no komen…

    fatin nabila,
    Pakai yang sesuai ok..
    Tak semestinya seksi.

    ladybug yna,
    Kalau itu pun tak paham,
    susahla 🙂

  6. author

    the life of cikgu sue7 years ago

    Tidak salah untuk membuat teguran tapi mesti kena caranya.

    Mungkin melalui gurauan atau pujian.

    kadang-kala penampilan mengikut mood.Betulke?

  7. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    the life of cikgu sue,
    penampilan ikut mood?
    erk.. baru 1st time dengar.

  8. author

    Princess Liyana7 years ago

    hihi..btol2..setuju dgn mereka di atas..P kalau tak disuruh pn akan suka melawa..hihi..tp yana rasa yana ikt mood kot..ahaks..klau rasa nak melawa tu, ha tk pyh suruh..tp kalau rasa malass sgt, err memang selekeh ckit ;P..ihihi

  9. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    princess liyana,
    dressing ikut mood mcm boleh diterima pakai oleh perempuan ye? 🙂

  10. author

    Are'Ja_(",)7 years ago

    hye..best juga bce entry2 lam blog awk nie…anyway mengenai pakaian perempuan ni selalunya ikut mood dia..ada pasang ada surut..tp sure kalau org yg disayangi tegur pasti sekelip mata berubah…so jgn takut lah api yg marak menyala tu… 🙂

  11. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    are'ja,
    salam perkenalan..
    terima kasih kerana sudi singgah..
    Perempuan sangat sensitif bila disebut isu pakaian 😛

  12. author

    harzharun7 years ago

    adakah diri ini juga mcm orng tua?…owh..tidak kot…i pesen lain sket dgn B.(B cite dgn geram komen anda itu..hahaha)