Kenali Laudya Chyntia Bella, Aktres Popular Indonesia & Suri Hati Engku Emran

Biodata Laudya Cynthia Bella

Jika anda penggemar filem Surga Yang Tak Dirindukan dan Surga Yang Tak Dirindukan 2, pastinya mengenali sosok wanita berhijab bernama Laudya Chyntia Bella ini.

Sedar atau tidak, figura cun ini bergelar sebagai anak seni selama 17 tahun di persada seni hiburan Indonesia.

Sebelum memulakan kerjaya di pentas lakonan, cewek berusia 29 tahun ini aktif sebagai model dan bintang iklan komersil.

Did you know, aktres kelahiran Bandung, Indonesia ini bakal menamatkan zaman solonya dengan bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini dikatakan bakal disatukan pada pertengahan bulan September depan dimana majlis pernikahan akan diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur.

Pasangan serasi ini mula rapat selepas dipertemukan oleh Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri pada Mac lalu.

Untuk info, pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di TV Synergy Sdn Bhd (BERNAMA News Channel) dan Ketua Pegawai Operasi di stesen radio Suria.FM.

Apa-apa pun, kami mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan merpati dua sejoli ini. Semoga perkahwinan ini kekal dan bahagia sehingga jannah.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan lebih rapat dengan Laudya Chyntia Bella ini.

Biodata Ringkas Laudya Chyntia Bella
Nama Penuh: Laudya Chyntia Bella
Nama Panggilan: Bella
Tarikh Lahir: 24 Februari 1988
Umur: 29 Tahun (2017)
Zodiak: Pisces
Asal: Bandung, Indonesia
Adik Beradik: Anak bongsu dari emapt beradik
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model & Ushawanita
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia

Sinetron/FTV: Juragan Jengkol, Bidadari Pelindung Cinta, Romantika Remaja, Cinta Nia, Amira, Kalau Jodoh Takkan Lari, Mr Gunung Cintaku, Senandung Masa Puber, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Cerita Si Angel, Cuek Tapi Cinta, Akulah Arjuna, Virgin The Series, dan banyak lagi.

Filem:

Surga Yang Tak Dirindukan, Surga Yang Tak Dirindukan 2, Kuntilanak 3, Aisyah: Biarkan Kami Bersaudara, Cowok Bikin Pusing, Belenggu, Talak 3, Virgin, Assalamualaikum Beijing, Haji Backpacker, Kakak, Dibawah Lindungan Kaabah dan banyak lagi.

Anugerah & Pencapaian:
Pameran Utama Wanita Terfavorit di Indonesia Movie Actors Awards 2017, Pemeran Utama Wanita Terbaik di Indonesia Box Office Movie Awards 2016, Pemeran Wanita Terfavorit di i- Cinema Awards 2015, Aktris Hijab Terseleb di Selebrita Awards 2015 dan banyak lagi.

Laman Sosial Laudya Chyntia Bella

Trivia Menarik Laudya Chyntia Bella

  1. Berketurunan Sunda, Minangkabau dan Jawa.
  2. Mula mencuri tumpuan para peminat, media dan penggiat seni selepas membintangi filem berjudul Virgin yang diterbitkan pada tahun 2004.
  3. Pernah menganggotai kumpulan nyanyian yang dikenali sebagai Bukan Bintang Biasa (BBB) dimana turut disertai Raffi Ahmad, Chelsea Olivia Wijaya, Ayushita dan Dimas Beck.
  4. Mula berhijab sepenuh selepas menjayakan filem Assalamualaikum Beijing iaitu sekitar tahun 2015.
  5. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti popular Indonesia seperti Raffi Ahmad dan Chico Jericho.
  6. Selain sinetron dan filem, Bella juga pernah berlakon di pentas teater iaitu Musikal Lutung Kasarung pada 2012 serta Pangerang Katak & Puteri Impian (2006).
  7. Wajahnya turut menghiasi video muzik artis ternama Indonesia seperti Gita Gutawa menerusi lagu Sempurna, Glenn Fredly (Salam Buat Sahabat), Supernova (Aku Jatuh Cinta), Yovie & Nuno (Inginku Bukan Hanya Jadi Temanmu) dan Jikustik (Samudera Mengering).
  8. Antara iklan-iklan komersil yang dibintanginya ialah Sunsilk, Garnier, Luwak White Koffie, Kacang Panggang Rosta Garuda dan Sophie Paris.
  9. Membuka bisnes kedai kuih dan manisan yang dinamakan sebagai Bandung Makuta Cake di Bandung.
  10. Mempunyai 17.6 juta pengikut di instagram, 5.75 juta pengikut di twitter dan lebih 700,000 pengikut di facebook miliknya.

Foto Menarik Laudya Cynthia Bella

Foto Cantik Laudya Cynthia Bella Gambar Laudya Cynthia Bella Gambar Selfie Laudya Cynthia Bella Isteri Engku Emran, Laudya Cynthia Bella Laudya Cynthia Bella Berhijab Laudya Cynthia Bella

Carian Berkaitan

engku emran engku zainal abidin wikipedia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Laudya Chyntia Bella #isteri engku emran #Kekasih Hati Engku Emran #Laudya Chyntia Bella #Laudya Chyntia Bella Aktres Kelahiran Indonesia #Profil Laudya Chyntia Bella

Biodata Fee Haiqal, Anak Bongsu Noraniza Idris Yang Kini Bergelar Penyanyi
Siapakah jejaka kacak dan berbadan sasa bernama Fee Haiqal ini? Kalau anda nak
Biodata Marsha Milan, Bintang Kelahiran AF3 Yang Berbakat & Versatil
Cantik, Berbakat dan Versatil! Itulah tiga perkataan yang terlintas di fikiran penulis tentang
Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa
Nama Ahmad Amsyar mula meraih perhatian netizen apabila muncul sebagai pemenang pingat emas
Biodata Tisha Shamsir, Aktres Antagonis Drama Titian Cinta
Jika anda penonton setia drama bersiri Titian Cinta di TV3, pastinya mengenali salah

Comments are closed.