Kedai Makan ep.5

Untitledooo

Apabila makan di sebuah tempat, dan pada masa tersebut anda mula membuat pesanan. Dan sementara menunggu pesanan itu sampai, tiba-tiba datang seorang tetamu tak diundang dan meminta sedikit wang dari anda. Kemudian, tak sampai 2 minit, datang pula seorang demi seorang ke tempat meja anda. Apa perasaan anda pada ketika itu?
Pada hakikatnya, memberi derma ikhlas pada mereka yang dalam kesusahan adalah perkara yang dituntut oleh agama. Apakah pandangan anda jika, didatangi oleh seorang lelaki yang bertubuh sasa mengemis kepada anda. Jika dilihat daripada kemampuan tu, mereka ini mampu menjalankan kerja berat. Jadi pada aku sendiri, pernah juga merasakan bahawa mereka yang datang mengemis ini amat mencurigakan atau dieksploitasi oleh sesetengah pihak untuk mendapat keuntungan diatas ketulusan dan baik hati masyarakat Malaysia.
Masalah pengemis di kedai makan selalu sangat berlaku di bandar besar. Kadangkala ia amat menganggu. Tambahan lagi kepada mereka yang kurang siuman. Bimbang juga takut diapa-apakan. Pada pandangan daif ini, adalah lebih baik para pemilik restoran atau kedai makan menjaga pelanggan yang makan di tempat mereka dari diganggu. Kalau tak silap, bagi warga OKU, pihak kerajaan telah sediakan dana khas kepada mereka pada setiap bulan. Nampaknya, usaha ini dilihat agak tidak berjaya. 
Mungkin kewujudan pengemis jalanan ini, sering bertambah tahun demi tahun, ini dapat dilihat oleh kewujudan pengemis kanak-kanak. Kebanyakkan mereka bukanlah warga negara Malaysia. Tetapi berasal dari Kemboja. Ini pasti memberikan imej yang kurang enak kepada pelancong asing.
Akhir kata, bagi episod kali ini, keselesaan menatap makanan juga boleh dipengaruhi oleh keadaan sekeliling yang salah satu daripadanya ialah masalah pengemis di kedai makan. Ok lah, ini sahaja untuk kali ini. GO!
Shino said : Rimas kalau 2 3 orang datang…
(pic by flickr.)

Artikel Berkaitan

Tags: #kedai #makan #pengemis #suasana

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Leave a reply "Kedai Makan ep.5"