Kedai Makan ep.4

Untitled

Ada satu restoran, biasanya area medan selera. Kalau kat JB, biasanya kalau korang pernah makan area Komtar, sure akan kena penyakit begini. Plus restoran yang kedap tertutup macam dekat KLIA, kantin dan yang keadaannya sewaktu dengannya, anda tidak terkecuali dengan penyakit ini. Nanti aku terangkan.
 
Sebenarnya ruang makan yang lebih terbuka dan open air sangat digemari. Ini kerana keadaan pengudaraan yang baik disamping asap dari dapur dan bau makan tidak terlekat pada pakaian. Apa yang  pasti, habislah bau Gucci kau, bau Polo kau, bau lotion badan kau, bau baju febreez dan sebagainya. Semua bau itu akan bertukar kepada bau makan “rojak ” ntah ape-ape sahaja. Plus bau hangit ketiak kau yang berpeluh sebab panas!
Bukan setakat kau makan atau minum setitik sahaja air mineral di dalam kawasan tu, lmalah kalau kau lalu pun, bau tu tetap akan kena pada pakaian. Oleh sebab itu, menjamu selera di tempat yang sesak dengan kedai makan serta pengudaraan yang tidak baik menyebabkan kerimasan yang melampau! Itu pandangan daif aku la ye. Mungkin ada yang suka makan di tempat sebegitu. Apa lagi kalau perut pulak kosong dan umpama api dihulurkan minyak petrol. Semua itu tak jadi masalah. 
Sepatutnya, asap dari dapur masakan perlu dialirkan dengan baik supaya memberikan keselesaan sewaktu pengunjung yang menjamu selera. Masalah bau yang lekat pada pakaian akan lebih menjadi-jadi apabila korang pulang ke office yang berhawa dingin. Sekali korang lalu, bau semerbak je makanan. Even korang hanya datang lepak di situ untuk menemani rakan yang enak menjamu selera. Satu pengalaman yang biasa dialami..
Shino said : Open air..

Artikel Berkaitan

Tags: #bau #kedai #kedap #makan

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    Fatin Baharum6 years ago

    woah. lama gile xsampai kat belog ni. 🙂

    Reply
  2. author
    Author

    Encik Shino6 years ago

    fatin baharum,
    lama jugak tak menjengah blog kawan-kawan hehe

    Reply

Leave a reply "Kedai Makan ep.4"