Kedai Makan ep.3

Untitled-1

 Gambar hiasan semata-mata
 
Nak tanya pendapat korang. Situasinya begini. Anda baru sahaja tiba di sebuah kedai makan. Kemudian, anda mula ambil tempat duduk yang disediakan. Setelah sekian lama menunggu, tiada seorang pun pelayan restoran yang datang pada anda untuk mengambil pesanan makanan. Malah mereka buat tak nampak dan asyik menonton televisyen atau berborak sesama mereka.
Selepas setengah jam menunggu diambil pesanan, rasa-rasanya apakah perasaan anda pada ketika itu? Boleh anda ceritakah? Atau hanya mahu simpan pengalaman itu dan berfikir positif. Al maklumla kedai itu sahaja yang wujud untuk jadi pilihan sebagai medan selera anda? Anda tentukanlah sendiri..
Pernahkah anda mengalami situasi memilih kedai makan atau medan selera yang dikerumuni oleh pelayan yang datang berkoyan-koyan mengambil pesanan makanan anda serta menawarkan apakah makanan yang menjadi menu mereka? Yup! Aku pernah alami situasi ini. Seringkali ia terjadi oleh kedai yang dikendalikan oleh masyarakat India muslim atau dengan kata lain ialah Kedai Mamak. Jauh sekali, kedai makan atau restoran melayu kita mengamalkan tabiat sebegitu dengan pelanggan mereka. Aku berani jamin kebanyakkan tidak berlaku begitu. Setuju??
Jadi, aku ingin mencadangkan bahawa perilaku endah tak endah dengan kehadiran pelanggan sememangnya kurang disenangi oleh pelanggan. Rasanya bukan aku sahaja yang berpandangan sebegitu, mungkin pembaca diluar sana juga sependapat demikian. Oleh itu, cubalah elak sikap sebegitu. Kita ni kalau berniaga, pelanggan mesti diutamakan. Itu adalah asas sebenarnya. Bukan apa, restoran atau kedai makan berurusan dengan manusia bukan benda atau kayu. Jadi, dari segi mengambil hati perlu ada oke. Barulah meriah.. 
Oklah setakat inilah coretan buat kedai makan ep.3…GO! 
Shino said : Pelanggan no.1. Tanpa pelanggan siapalah kita…

Artikel Berkaitan

Tags: #kedai #makan #peranan #sini

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    fizz6 years ago

    saya pernah *sambil angkat tangan..

    bayangkanlah bukan setakat order tak diambil, malah meja pun tak kemas…sigh!

    kemudian, dah panggil pelayan srh dia bersihkan, tapi dia memberi signal..Ok sekejap lagi

    Hampir 20-30 mins masih mcm tu, saya pun terus angkat kaki dari situ…last2 makan KFC jela jwpnya hari tu..

    Reply
  2. author
    Author

    Encik Shino6 years ago

    fizz,
    yup..!! Sikap begini yang buat kita jadi fed-up..

    Reply

Leave a reply "Kedai Makan ep.3"