Kedai Makan ep.2

Untitled-2

Ada sebuah kedai makan. Aku tertarik untuk makan di situ oleh kerana diberitahu oleh seorang kawan bahawa satu masakan di tempat tersebut sangat popular serta sedap. Oleh yang demikian, memanglah kelihatan ramai pengunjung yang datang untuk makan di situ serta ada juga yang datang untuk beli bungkus.
Apa yang menjadi topik aku kali ini adalah berkenaan kebersihan. Dari lantainya hinggalah kepada meja dan kerusi. Ia tidak disenggara dengan betul untuk pelanggan yang baru untuk duduk makan di situ. At least adalah seorang pekerja yang cepat-cepat datang lap meja dan kerusi setelah didapati pelanggan yang selesai makan mula angkat punggung. Boleh tak jadi macam kedai Mamak? Bila datang je pelanggan baru, pekerja diorang cepat-cepat bersihkan tempat makan. Bukankah itu akan memberikan satu layanan yang baik untuk pelanggan?!

 Kalaulah ada binatang ni pulak. Haih! lagi lah mengganggu! 

Bukan susahpun. Jangan pula, mentang-mentang kedai kau ramai pelanggan yang datang, kau buat acu tak acuh je! Pantang betul kalau kedai jenis macam ni. Dengan pelanggan macam kerek semacam je! Maklumlah ramai pelanggan kan? Apa pun, kalau dijaga dari segi kebersihan, aku jamin kedai tu akan lebih ramai pelanggan dari biasa. Orang kalau nak makan, akan tengok juga kebersihan sekitar tu. Kalau macam melekit semacam je, plus ada lalat, berfikir juga nak gi makan situ..
Ok la.. itu sahaja buat kali ni.. GO!

Shino said : Kempen kebersihan..


Artikel Berkaitan

Tags: #bersih #kedai #makan #sini

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Leave a reply "Kedai Makan ep.2"