Isi Tersurat & Tersirat


Kadangkala aku pun rasa pelik dengan apa yang berlaku. Pada suatu hari, Si A menceritakan sesuatu berkenaan kawannya yang mempunyai mirip perlakuan yang sama dengan si B tersebut. Tetapi yang membezakan antara kawan si A dengan si B itu adalah kawan si A adalah jenis yang pandai menjaga penampilan dari segi pemakaian..

Pernyataan tersebut membuatkan Si B itu marah dan menganggap Si A telah menyindirnya berkaitan pemakaian. Padahal, pada hakikahnya Si A tidak pernah berfikir begitu malah dia menceritakan dengan niat untuk berkongsi sesuatu..Macam tak patut je kena marah?

Adakah ia boleh dikaitkan dengan “isi tersirat dan isi tersurat?”

Perkara macam ni selalu berlaku dalam kehidupan kita seharian tanpa disedari..Bagi lelaki, sememangnya agak sukar untuk detect benda-benda yang tersirat ni.. aku sendiri pun kadangkala tak cakna berkenaan hal ini.. maka aku memberikan beberapa contoh yang agak mirip dengan perlakuan atau arahan atau pernyataan yang memberikan maksud maklumbalas yang harus dilakukan..atau bolehlah dikategorikan sebagai suruhan dengan cara lembut sebagai contoh :

“Kenapa dapur hari ini macam tak berasap je”

Maksudnya dia menyuruh untuk menyediakan makanan untuk dimakan. “Kalaulah ada something yang boleh dimakan..ok jugak.”

Dia lapar la tu.. “Anak kawan abah rajin betul pergi surau..selalu je abah nampak dia waktu maghrib”

Maknanya, orang tua tu nak anak dia jadi macam budak yang dia cakap tu la.. Rasanya banyak lagi benda yang tersirat kalau nak diletakkan sebagai contoh, tapi kan benda-benda camni memang kena sensitive..hasilnya kita akan menjadi PRO yang baik terutama dengan bos-bos. PR ni bagus sebenarnya..tapi kalau lebih-lebih sangat nampak macam kaki bodek la pulak.. yang pasti benda-benda gini perlu kita concern sepanjang menjalani hidup ini…


Artikel Berkaitan

Tags: #cakna #sensitif #teguran #tersirat

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    syam8 years ago

    huiks.. aku nak mintak view pasai PRO leh tak.. dah kena tukar task la, dah Jadi Pro la plak…

    Reply
  2. author

    mieza adam8 years ago

    hurm..sy stuju ngan shino…
    lelaki kdg2 kurang alert bile diberikn ayat2 yg trsirat..

    sbg contoh, mcm pg td sy ada mntk seseorg ni tuk send gmbr dia thru mms..da lama da sy mntk..tp xde respon..ada je alasan dia..pg td pun xde respon gak.. then sy send sms kat dia..

    “ish! cantik nye gmbr awk…thx tau coz sudi gak awk bg kat sy”…

    haha..si lelaki ni pun rply balik..

    “hah? bile masa lak sy bg?”

    haih..malang sungguh….actually sy nak menyindir dia..tp dia x fhm…

    hampeh…!

    Reply
  3. author

    [ Eclipse ]8 years ago

    lelaki memang kadang kadang payah sangat nak paham isi tersirat ini.
    entah lah kadang2 boleh buat hati perempuan nie.esh~ haha

    ala mungkin itu,adalah satu kelebihan jugak.ak tau lelaki susah nak paham isi tersirat.so diorg x akan jadi sangat sensitif dah kebiasaannya.lelaki juga akan mengalah sbb x paham apa2~ hehe betul x?

    Reply
  4. author

    Anonymous8 years ago

    begitulah sikap lelaki…mmg terkenal dengan sikap yg selamba n cool…acuh tak acuh…erm,nak buat mcm mane…kaum hawa diharapkan bersabar…hehe…

    Reply
  5. author

    Anonymous8 years ago

    shino : mmg kene selalu concern pasal hal2 gnih,sbb manusia ni byk jenis,nak sesuaikan diri ngn semua org pun susah gak…erm,org kaki bodek lg susah,die tahu mcm mane nak tackle seseorang dan yang lemah akan mudah terpedaya….

    Reply
  6. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    syam,
    Akan dipertimbangkan.. 🙂

    mieza adam,
    Betol tu! tapi bile diulang-ulang perlakuan tu, lama2 masuk kepala jgak tu..mgkin ade sebab tertentu yang dia harus utamakan..bukan x concern tp ikut periority.. Lagipun, permintaan yang awk utarakan tu berunsur “remeh”..

    [ Eclipse ],
    Kalau lelaki ni sensitif sgt pun susah..nanti jadi Auwwwwww.. 😛 haha

    anonymous 1,
    Itulah dinamakan “MACHO” bukan “GEDIK” hehehe~

    anonymous 2,
    Bukan terpedaya..sebenarnya bodek ini bererti “menjaga hati dengan cara yang berlebihan” hahaha

    Reason : Orang dibodek akan berasa senang hati.

    Reply
  7. author

    [ Eclipse ]8 years ago

    ahah kan.alamak~ bukan mcm tu lah..
    sensitif lelebih me bagi kaki jew.
    hehe ala berperasaan lah.ye mereka berperasaan.

    Reply
  8. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    [ eclipse ],
    Perasaan yang bleh dikawal..
    maksudnya,jangan terlalu sensitif
    dan jangan terlalu tak sensitif..untuk mencapai “sensitiviti” tuh tiada piawai sebenar..hanya boleh diukur dengan jiwa masing2.. 🙂

    Reply
  9. author

    [ Eclipse ]8 years ago

    wahahah siap ada piawai aggy ey…
    hem lelaki lembut lebih memahami perempuan dari lelaki kasar.setuju x?
    bukan lelaki lembut aawww..
    lelaki lembut mcm buat bende2 perempuan buat lah…:D

    Reply
  10. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    [ eclipse ],
    hurm..betol.
    Mereka lebih memahami jiwa dan perasaan perempuan..Mungkin sebab itulah mereka pun lebih mesra dengan perempuan mcm kad MESRA petronas.. 😛

    Reply

Leave a reply "Isi Tersurat & Tersirat"