Harga Tiket Awana Skyway Genting Highlands

Harga Tiket Awana Skyway Genting Highlands

Nikmati pemandangan menarik berlatar belakang gunung ganang apabila anda mencuba kereta kabel terbaru menuju ke Resorts World Genting.

Perjalanan menaiki Awana Skyway ini memakan masa selama 10 minit sahaja bermula dari Stesen Awana bersebelah Genting Highlands Premium Outlet ke perhentian terakhir di Stesen SkyAvenue.

Awana Skyway ini beroperasi dari 7 pagi hingga 12 malam dan ianya mempunyai 3 stesen iaitu:

  1. Awana Station (Lower Station)
  2. Chin Swee Station (Middle Station)
  3. Sky Avenue Station (Upper Station)

Awana Skyway telah mula beroperasi pada hujung 2016 dan menjadi tarikan terbaru bagi pengunjung apabila mengunjungi pusat peranginan yang sejuk ini.

Sepanjang perjalanan sama ada dari atas ke bawah atau sebaliknya, para pengunjung berpeluang menikmati pemandangan cantik hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun dan pemandangan dari atas taman tema terbaru Twentieth Century Fox World Malaysia yang bakal siap dibina tidak lama lagi.

Penumpang juga boleh berhenti di Stesen Chin Swee tanpa sebarang kos tambahan dan melawat Kuil Chin Swee Caves dan menikmati pemandangan cantik di sekitarnya.

Apa yang menarik tentang Awana Skyway, gondolanya memiliki tingkap khas yang boleh membenarkan udara segar pergunungan dari luar memasuki kabin.

Kereta kabel buatan Perancis ini memiliki kelajuan 6 meter persaat dan mampu membawa 3,000 penumpang sehala setiap jam. Ia menyediakan 99 buah gondola biasa dan 10 buah gondola dengan lantai kaca.

Berikut adalah sedikit fakta mengenai Awana Skyway ini :

  • Bilangan tower: 22
  • Bilangan gondola : 99
  • Bilangan stesen : 3 stesen
  • Bilangan mesin kiosk : 16 unit
  • Panjang kabel : 2.8km
  • Masa diambil untuk perjalanan sehala : 10 minit
  • Bilangan penumpang per gondola: 10 orang
  • Bilangan penumpang per jam : 3,000 orang

Harga Tiket

Berikut adalah harga tiket sehala perjalanan mengikut jenis gondola :

Gondola Biasa :

  • Normal : RM8
  • Express Boarding Pass : RM40
  • Chartered gondola : RM300

Gondola Berlantai Kaca

  • Normal : RM50
  • Chartered gondola : RM500

Link Video

Tonton video di link di bawah untuk melihat apa yang bakal anda nikmati dengan Awana Skyway :

Video di link ini pula memaparkan fakta bernombor tentang Awana Skyway :

Talian dan Tempahan

Genting Transport Reservations Centre
Tel: (603) 6251 8398
Fax: (603) 6251 8399

Limousine Service Counter (Kuala Lumpur International Airport)
Tel: (603) 8776 6753
Fax: (603) 8787 3873

Limousine Service Counter (Resorts World Genting)
Tel: (603) 6105 9584
Fax: (603) 6105 2187

Loading...

Tags: #Awana Skyway #genting highlands #harga tiket Awana Skyway #harga tiket kereta kabel Genting Highlands #Resorts World Genting

4 Manfaat Yang Perlu Anda Ketahui Jika Bercuti Dengan Agensi Pelancongan!
Pada masa kini, ramai diantara kita khususnya anak muda suka melancong dan mengembara
6 Benda Ini TIDAK PERLU Dibawa Anda Ketika Pergi Bercuti!
Sesekali berpeluang bercuti dan bersantai bersama keluarga tersayang serta kawan-kawan pastinya menyeronokkan. Inilah
Buat Kaki Travel, Ini 5 Aplikasi Telefon Pintar Yang Wajib Anda Miliki Sebelum Pergi Bercuti!
Everyone love travelling. Bukan sahaja boleh menerokai tempat-tempat indah, hebat dan luar biasa,
Tips Mudah Kemas Bagasi Sebelum Pergi Melancong!
Berbicara tentang percutian, pastinya anda terbayang-bayang destinasi yang mempunyai tarikan menarik dan mempersonakan.

Comments are closed.