Hak Memilih

bisikan-bayu-smal

Pantai Bisikan Bayu (7.00 malam)

Lamanya saya tidak menulis berkenaan hal perempuan dan lelaki. Biasalah, bila dah berumahtangga ni, soal cari pasangan sudah selesai. Now, anggota keluarga pun dah bertambah. Itu biasa bagi mereka yang dah kahwin. Bukankah berkahwin itu adalah untuk menyambung keturunan? (sila bagi kredit saya hehe)

Sebenarnya jodoh ni rumit juga, susah nak jangka. Bagi saya, perempuan tak boleh tetapkan siapa bakal suami mereka. Sebagai contoh, kalaulah perempuan B tu nak kahwin dengan lelaki A, dan lelaki A pula tak nak kahwin dengan perempuan B. Confirm tak jadi. Maka, membujanglah perempuan B itu. Tapi jangan lupa, kecantikan takkan kekal lama even kalau muka dah cucuk botox dan make up yang tebal-tebal. Sampai bila muka berkedut tu nak ditutup dengan bedak? Plus perempuan ada expired date (muahahaha perempuan diluar sana sila jangan marah oke)

Kemudian, kalaulah lelaki A ni nak kahwin dengan perempuan B dan perempuan B pula menolak, lelaki A tiada masalah untuk mengahwini perempuan C atau D. Takkan dalam dunia takde perempuan yang berkenan kat lelaki A. Perkara asasnya ialah lelaki lah yang boleh memilih (kaum lelaki, sila bagi kredit pada saya). Apa pun yang berlaku, kita sendiri yang mencorakkan kehidupan kita, macam saya mencorakkan gambar di atas tu. Saya berpesan, wahai perempuan yang cantik-cantik, ayu-ayu dan baik-baik diluar sana janganlah jual mahal sangat. Permudahkanlah urusan bercinta ni ye?


Artikel Berkaitan

Tags: #love #pantai #perempuan #xy

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Leave a reply "Hak Memilih"