Geram Dengan Makhluk Sekor Ni!

Untitledss

Rasa hilang sabar betul dengan karenah kucing jiran yang selalu berak depan rumah aku. Bau takyah nak cakap lah. Besar plak tu tompok-tompok die. Eiiii!! Rasa nak lempang-lempang seribu kali. Pastu nak sepak-sepak bontot dia laju-laju!!

Walaupun pada hakikatnya aku ni suke juga pada makhluk jenis kucing ni. Tapi yang jenis berak merata ni yang buat aku hilang sabar! Kurang sopan oke!Setahu akulah jenis binatang bernama kucing ni biasanya, akan menimbus najis mereka. Tapi jenis kucing yang tak senonoh ni, main tabur je.. Silap langkah kasut terpijak tahi..

Nak dijadikan cerita, masa mula-mula aku tahu menatang tu berak depan rumah aku, maka aku mula cari solution. Jadi, selepas membuat pemerhatian pada lokasi kejadian, didapati depan rumah aku tu ada pasir. Mungkin sebab tulah menatang tu duk men berak situ.

Jadi untuk mengatasi masalah tu, aku simenkan kawasan tu. Namun, apa yang buat aku terkejut, menatang kucing tu siap korek lagi semasa simen masih belum kering. Huh! Gila betol makhluk tu.. tak pernah lagi aku jumpe jenis kucing camni..Ni dah lebih sepuluh kali dah berlaku. “Suspek” selalu melarikan diri. Apa aku nak buat hah?? Jangan sampai aku beli lastik.. siap la kau!

Shino said : hish gerammmm!

Carian Berkaitan

kucing tidak tahu menimbus najis

Artikel Berkaitan

Tags: #berak #binatang #geram #kucing

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Leave a reply "Geram Dengan Makhluk Sekor Ni!"