Edisi Ronda EP.9 : Solo, Indonesia

DSC_2995

Dalam perjalanan dari ke Surabaya, saya telah singgah di Solo, Indonesia. Semuanya telah diatur dengan baik oleh pemandu pelancong khas. Sebenarnya perjalanan saya ini adalah bermula di Yogyakarta, terus ke Solo dan Kota Malang sebelum tiba di Surabaya. Perjalanannya ini juga agak jauh dan ia mengambil masa 6 jam. Manakala jarak antara Kota Malang ke Surabaya adalah sekitar 3 jam menaiki bas ekspress. Apa yang berlaku di Kota Malang telah saya ceritakan dalam entri saya yang sebelum ini. Edisi Ronda EP.8 : Kota Malang, Indonesia

Jadi kali ini saya akan menceritakan apa yang telah saya kunjungi di Kota Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Jika berkunjung ke Solo, jangan lepaskan peluang ke Keraton kerana di sana terdapat satu tempat tarikan untuk habiskan wang saku anda. Sila lah berkunjung ke Pasar Klewer. Sepanjang pengetahuan saya, di sini adalah tempat terbaik untuk dapatkan kain batik, blouse dan persalinan wanita kerana harganya amat murah jika dibandingkan dengan Yogyakarta dan Surabaya. Selain Pasar Klewer yang terletak di Keraton ini, terdapat juga sebuah masjid agung yang dikatakan amat bersejarah. Saya belum sempat dapatkan maklumat berkenaan masjid ini. Tetapi, kesempatan ini saya sempat menunaikan kewajipan saya sebagai seorang muslim untuk bersolat. Maklumlah, kalau nak ronggeng-ronggeng sini, kena solat dulu. Nanti terabai plak.

Gambar menarik masjid kayu di Keraton

Gambar Menarik Masjid Kayu Di Keraton 2 Gambar Menarik Masjid Kayu Di Keraton

Masa untuk saya terokai adalah selama 2 jam sahaja. Amat terhad juga masa diberi oleh pemandu pelancong. Apa tidaknya. Kami akan bermalam dan teruskan perjalanan ke Surabaya pada keesokkan harinya. Kawasan sekitar Keraton ini, kalau jalan kaki, penat juga. Jadi saya gunakan kemudahan yang tersedia. Apa lagi, jom kita naik beca dengan hanya bayaran sekitar RP 5,000 sahaja! Nanti senang nak punggah barang-barang shopping. Kalau jalan kaki mau dekat 15 minit ke Pasar Klewer tu.

Pasar Klewer Dan Menaiki Beca Ke Pasar Klewer Keraton

Habis sudah episod shopping kain telekong, kain batik, baju batik, kain batik pasang, blouse dan lain-lain di Pasar Klewer, kaki pun rasa penat, badan pun letih.

Program bermalam kali ini adalah di sebuah hotel yang agak terkemuka iaitu LOR IN Hotels & Resorts. Kondisi hotel memang sangat baik dengan segala kemudahan dan landskap yang menarik disamping pemandangan sekitar hotel yang ala-ala Bali gitu. Saya rasa, tempat ini memang sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Insyallah, kalau datang ke sini, saya pasti akan menginap di sini. Jom lihat paparan yang sempat saya ambil.

Oklah, itu sahaja perjalanan saya di Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Saya akan menyambung entri perjalanan ronda ke Surabaya pula pada entri akan datang.

Gambar menarik sekitar Lor In Hotels & Resort, Solo, Indonesia

Kolam Di Lor In Hotel And Resort Solo Indonesia Lor In Hotel And Resort Solo Indonesia Pemandangan Tempat Makan Malam Di Lor In Hotel And Resort Tempat Makan Dalam Lor In Hotel And Resort


Artikel Berkaitan

Tags: #keraton pasar klewer di kota solo indonesia #Lor In Hotels and Resort Solo #masjid kayu di solo yang cantik #tempat menarik di kota solo indonesia

Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboom
Jika berkunjung ke Kota Bharu, tidak lengkap rasanya jika anda tidak mencuba masakan
Senarai Negara Boleh DiKunjungi Hanya Dengan Passport Antarabangsa
Adakah anda mengetahui bahawa hanya dengan memiliki passport antarabangsa Malaysia, anda boleh melawat
Kategori Visa Dan Permit
Apakah visa dan fungsinya Visa adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh sesebuah Negara
D’Ganu Steamboat Cafe, Tempat Makan Malam Terkenal Di Pulau Duyung, Terengganu
Lokasi D’Ganu Steamboat Cafe terletak di Pulau Duyung daerah Kuala Terengganu. Pulau Duyung sangat

Leave a reply "Edisi Ronda EP.9 : Solo, Indonesia"