Edisi Ronda EP.1 : Suasana Di Pekan Tawau, Sabah

Pemandangan Dari Hotel Shervinton Tawau

Sekarang baru saya mempunyai masa untuk update bahan cerita dalam sesawan ini. Lama juga tak update. So, kompius dan blur, mana nak mula dulu. Sebenarnya saya baru pulang dari Tawau, Sabah menaiki pesawat tambang murah terkenal AirAsia. Perjalanan dari KLIA ke Tawau mengambil sama lebih kurang 2 jam penerbangan. Apa yang menarik di sana menjadi tanda tanya dalam hati saya sewaktu dalam perjalanan ke sana.

Perjalanan dari airport Tawau menaiki kenderaan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Di sini kalau jam 11.00 malam sudah agak sunyi  juga disamping waktu siang yang cepat berbanding semenanjung. Kalau jam 6.00 pagi tu, dah macam pukul 8.00 pagi kat semenanjung. Kadangkala kompius juga kalau nak kunci alarm jam ni. Maklumlah subuhnya awal dan begitu juga dengan waktu solat Maghrib. Apa yang perlu saya lakukan apabila tiba di sana ialah mencari tempat menginap yang mempunyai kemudahan selesa dan  mengenakan harga yang berpatutan. Itu yang penting! Maka, saya telah memilih Hotel Shervinton, terletak di Jalan Bunga, Tawau. Rate dalam  lingkungan RM128++ sahaja.

Aktiviti makan malam dipenuhi dengan masakan seafood. Maaflah kerana tiada gambar untuk attach kat sini. Tapi apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah kepada penggemar seafood bolehlah datang ke sini untuk menjamu selera kerana harga seafood di sini agak murah jika dibandingkan dengan semenanjung. Jadi sila jangan lepaskan peluang mencari medan ikan bakar untuk memuaskan nafsu makan anda. Jangan lupa cari kedai yang menyediakan masakan yang bersih dan halal. Itu yang mustahak. Ok, setakat ini sahaja dulu. Nanti saya akan sambung dalam edisi seterusnya.

Gambar suasana sekitar Pekan Tawau, Sabah

Hotel Shervinton Terletak Di Jalan Bunga Tawau Tandas Di Hotel Shervinton Terletak Di Jalan Bunga Tawau Pemandangan Dari Hotel Shervinton Tawau Hasil Laut Di Tawau Sabah

Kedai Seafood Pekan Tawau Restoran Di Tawau Sabah

Carian Berkaitan

hotel di tawau sabah

Artikel Berkaitan

Tags: #apa ada di tawau #Hotel Shervinton #makan seafood di tawau sabah #pekan tawau sabah #tawau

Lokasi Makan Terbaik Di Kota Bharu, Char Kuey Teow Pondok Kebaboom
Jika berkunjung ke Kota Bharu, tidak lengkap rasanya jika anda tidak mencuba masakan
Senarai Negara Boleh DiKunjungi Hanya Dengan Passport Antarabangsa
Adakah anda mengetahui bahawa hanya dengan memiliki passport antarabangsa Malaysia, anda boleh melawat
Kategori Visa Dan Permit
Apakah visa dan fungsinya Visa adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh sesebuah Negara
D’Ganu Steamboat Cafe, Tempat Makan Malam Terkenal Di Pulau Duyung, Terengganu
Lokasi D’Ganu Steamboat Cafe terletak di Pulau Duyung daerah Kuala Terengganu. Pulau Duyung sangat

Leave a reply "Edisi Ronda EP.1 : Suasana Di Pekan Tawau, Sabah"