Masa Dulu dan Masa Sekarang

asasa

Pada masa sekarang, aku perasan sangat banyak harga barang sudah naik. Dari petrol, terus kepada perkhidmatan dan bahan mentah, semuanya naik pada setiap tahun. Malah barangan tersebut tidak pernah turun sejak harganya mula naik. Semua kenaikan barang ni membuatkan pendapatan sebanyak RM 1,500 sebulan dianggap memang tak cukup. Lainlah mereka yang gaji berpuluh-puluh ribu sebulan. Kenaikan harga barang sudah pasti tidak akan menjadi masalah langsung.

Aku rasa sekarang duit pun makin lama dah jadi makin kecil. Dulu masa budak-budak, duit seringgit dah boleh beli macam-macam. Kalau buat belanja sekolah masa tahun 80-an, duit tu cukup untuk beli makanan dan minuman malah masih ada baki lagi untuk simpanan. Tambahan pula, masa tu mak aku sendiri pun sentiasa siapkan bekal makanan untuk dibawa ke sekolah. Katanya, berjimat-cermat tu penting. Itu perkara nombor satu aku belajar.

Zaman sekarang, duit RM100 pun sudah tak rasa apa. Kadang-kadang terfikir juga, jika lihat mereka yang bercakap dalam rancangan televisyen, pendapatan RM1,500 sudah dianggap mampu. Tapi mereka yang bercakap sebagai wakil kepada yang berpendapatan rendah tidak mengalami perkara sama. Mereka hanya seronok bercakap pasal teori sahaja. Malah mereka sendiri berpendapatan RM10,000 – RM20,000 sebulan. Memanglah sedap kalau bagi pandangan melalui teori sahaja.

Zaman sekarang pula, semua kena duit. Nak belajar pun kena pinjam, tak pinjam takleh nak sambung belajar. Kalau tak bayar pulak, dikata “Kacang lupakan kulit”. Tapi, kalau belajar tinggi-tinggi sampai ke puncak awan pun belum tentu terjamin dari segi kerjayanya. Peluang pekerjaan pun tak banyak pilihan. Dengar cerita banyak lah peluang pekerjaan di Malaysia ni tapi bila lihat pada hakikat sebenar, ramai juga lepasan pusat pengajian terkial-kial cari kerja.

Pernah dengar iklan dalam radio, katanya orang muda-muda zaman sekarang malas nak  cari kerja dan sangat memilih soal kerja. Sebab tu, pekerja tukang rumah, pekerja kilang banyak syarikat swasta suka ambil warga asing. Reason sebab ramai orang muda tak minat buat kerja gitu. Tapi adakah pekerjaan yang ditawarkan itu menepati kelulusan mereka yang ada memegang Ijazah, Diploma mahupun Sijil teknikal? Takkan lah aku yang ada digree nak kerja gaul semen. Sekurang-kurangnya nak jugak title Executive. Biar padan dengan apa aku belajar. dan pinjaman pelajaran yang paksa rela kena buat. Bukan nak memilih tapi orang lain yang waras pun akan sependapat dengan aku!

Pada masa sekarang, orang cerdik pandai pun ramai. Bila tengok statistik, setiap tahun mesti ada kenaikan jumlah pelajar cemerlang. Mungkin sebab, orang zaman sekarang banyak minum susu formula masa diorang kecil lagi. Sebab tu otak mereka ni cerdik-cerdik. Tapi sayanglah kalau kepakaran mereka tidak diguna sepenuhnya. Maksudnya disini, ramai peganggur pun ada kelulusan Ijazah. Kawan-kawan aku pun ramai ada kelulusan tinggi tapi kerja kampung je.

Bila duk fikir-fikir, belajar tinggi-tinggi pun tak guna. Kalau nak belajar juga, baik belajar bidang teknikal. At least, kepakaran tu buleh kita guna untuk buat bisness sendiri nanti. Ada seorang hamba Allah ni, dia hantar anak dia belajar sekadar untuk jadi cerdik sahaja. Bila cerdik ni, bolehlah wariskan bisness family kepada anaknya. Lojik juga sebenarnya.

Setengah orang pulak, target belajar ialah untuk kerja dengan kerajaan. Glamour katanya. Ada status dan sebagainya. Nak buat loan bank senang. Submit borang, tak sampai tiga hari, permohonan lulus. Tapi realitinya hutang keliling pinggang. Nampak steady, pakai kereta bapak beso! Hakikatnya duit dalam poket adalah tinggal RM10 je. Tapi bagi aku sendiri, kerja apa pun tak kisah. Janji dapat duit. Kalau jual kueh dengan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan, aku pun sanggup jual kueh. Apepun semua tu nak kena datang dengan ilmu, sifat sabar serta tabah.

Walaubagaimana pun, percayalah, wang takkan datang bergolek di depan tangga. Kena buat sesuatu kerja untuk dapatkan wang. Buatlah benda yang boleh ditukar dengan wang. Sebab dengan wang juga, semua benda akan menjadi senang. Sebenarnya, atas dunia ni, wang ringgit adalah kuasa, pengaruh dan status dimata masyarakat. Itulah realiti dunia sekarang. Ok itu sahaja entri buat kali ni. GO!

Shino said : Kerja apa pun tak kisah, janji poket tebal..


Artikel Berkaitan

Tags: #duit #gaji #harga #kerja #pendapatan

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    lavender6 years ago

    sekrang nak beli nescape ais pun tak dapat..huhuuk

    Reply
  2. author
    Author

    Encik Shino6 years ago

    lavender,
    nes ais tu bukan kah fav awk..?
    beli yang 3+1 la.. nnt masuk kedai, mintak air panas je..jimat! 😛

    Reply
  3. author

    fizz6 years ago

    betul…dulu waktu kecik mak slalu citer, time dia kecik dulu harga air teh dalm 5-10 sen..kemudian waktu saya pulak kecik..harga dlm dlm 60 sen..sekrang harga air teh dalam rm1.40++..tak tahulah pulak brapa harganya akan naik zaman kita dah tua nnt..

    Reply
  4. author
    Author

    Encik Shino6 years ago

    fizz,
    hurmm betol.. suatu hari nnt, gaji RM10,000 dah jadi macam biasa kot..!

    Reply

Leave a reply "Masa Dulu dan Masa Sekarang"