Duit Untuk Setitis Minyak

Untitled-5

Minyak naik lagi. Kereta pulak perlukan minyak untuk bergerak. Even kerajaan akan turunkan harga bagi kereta Hibrid yang guna tenaga elektrik, kereta lama yang “makan” petrol ni still kena guna. Sebab sudah pinjam sewa dengan bank. Bulan-bulan pun kena bayar! Plus, banyak sangat ke duit kau nak beli kereta Hibrid yang baru? Kalau kasik free, semua orang nak kan..

Ape pun dalam kes minyak naik ni, banyak benda akan naik sekaligus dengan naiknya harga minyak. Bak kata orang minyak ni boleh dikatakan bahan mentah no. 1 selain nasi. Bila minyak naik. Semua perkhidmatan, bahan mentah MESTI naik. Kalau tak naik pun, sudah pasti kuantiti dan kualiti menjadi lebih rendah dari biasa. Itulah kesannya yang biasa orang kebanyakkan rasa.

Dalam kes minyak naik, aku nak kongsi satu peristiwa. Tak taulah ada kaitan atau tidak dengan minyak. Suatu hari, aku keluar rumah.Semata-mata nak pergi cuci kereta. Al maklumlah, kereta dah comot dek hujan plus kereta tu sudah lama tak dicuci. Selesai sudah cuci, aku bertanyakan harga cucian tu. Saja tanya even aku memang dah selalu cuci kereta kat situ. Tercengang pulak sebab harga cuci kereta sudah naik RM2. Kata owner kedai tu, minyak dah naik. Jadi sebab tu harga cuci kereta pun turut naik.

Haih Nasiblah. Bayar je la sebab taknak panjang cerita. Mungkin sebab bahan mentah seperti sabun tu naik. Maklumlah kos penghantaran mungkin meningkat dari kilang sabun. Lantak je lah kan. Yang pasti, semua beban tu sure akan ditanggung oleh pengguna. Mungkin ini benda kecik yang sempat dikongsi. Tapi aku rasa mungkin banyak lagi pengalaman yang aku tak tahu.

Dalam kes minyak, aku rasa penggunaan kereta berinjin diesel sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos. Selamatlah pada mereka yang sedia ada kenderaan jenis demikian. Tapi, kalau nak dibanding-banding dengan harga minyak lama, memang kau akan rasa mahal sampai mati..

Oklah. Dah puas bebel.. GO!

Shino said : minyak dan duit minyak..


Artikel Berkaitan

Tags: #bebel #belanja #minyak

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.

Leave a reply "Duit Untuk Setitis Minyak"