Drama Bersiri Baru Patahnya Sebelah Sayap Tampil Pelakon Bertudung Ummi Nazeera

Ummi Nazeera Iphone

Pengenalan

Ummi Nazeera pernah meninggalkan dunia lakonan selepas melanjutkan pengajian ke Australia. Semenjak berada di Australia, beliau telah melakukan banyak perubahan terutamanya dalam mendalami ilmu agama dan kesannya terlihat melalui penampilannya yang telah banyak berubah dengan imej berhijab. Namun, kini sudah kembali aktif di dunia lakonan.

Ummi Nazeera kini muncul dalam terbaru berjudul “Patahnya Sebelah Sayap” yang ditayangkan di TV3 mulai 20 September 2016 (Isnin hingga Rabu) jam 10.00 malam. Drama ini turut dibintangi oleh pelakon Aeril Zafrel dan Izzue Islam

Kemunculan Kembali Ummi Nazeera

Judul Drama : Patahnya Sebelah Sayap

Jumlah Episod : 15 episod

Tarikh Mula :

20 September 2016

Siaran : Slot Samarinda TV3

Skrip : Mia Marziah

Pengarah : Ayie Mustafa

Penerbit : Creative Skill Solution Sdn Bhd

Barisan Pelakon : Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd, Faiz Hak dan  Zainab Othman

Watak :

  • Ummi Nazeera sebagai Alisha
  • Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
  • Izzue Islam sebagai Amzar
  • Wawa Zainal sebagai Tania
  • Syainie Shuhaimi sebagai Lin
  • Putra Amaris sebagai Rizal
  • Zainab Othman sebagai Halimah
  • Normah Damansuri sebagai Salbiah
  • Neera Azizi sebagai Mira
  • Muhamad Faiz sebagai Mirul
  • Mili Sebagai Habibah

Lagu Tema OST : 

  • Hancur Aku  Estranged feat Fazura

Sinopsis Drama

Drama TV3 Patahnya Sebelah SayaDrama Patahnya Sebelah Sayap mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah. Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama. Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat.

Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.

Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.

Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Biodata Pelakon Ummi Nazeera

Nama Penuh : Ummi Nazeera Nur Hidayah Binti Zainul Abidin

Nama Popular : Ummi Nazeera

Tarikh lahir: 20 Ogos 1990

Asal : Kuala Lumpur Umur: 26 tahun (2016)

Agama : Islam

Keturunan : Melayu

Warganegara : Malaysia

Status : Belum berkahwin

Kerjaya : Pelakon

Pendidikan : Sarjana Muda Perniagaan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) Melbourne, Australia

Populariti : Berlakon dalam drama bersiri Nur Kasih dan Hikayat Merong Mahawangsa

Drama, Telemovie dan Filem : 

Alif Imani, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Penanggal, Cik Puan Sinderella, Nur Kasih, Angin Cinta, Pesona Bintang, Takdir Yang Terindah, Dinasti Bilut, Ali Din, Awan Dania, Klon Teja, Kejar, Patahnya Sebelah Sayap

Laman Sosial

Gambar menarik Ummi Nazeera

Ummi Nazeera Masih Solo

Ummi Nazeera Tudung Ummi Nazeera Gambar Selfie Ummi Nazeera Pemakaian Hijab Ummi Nazeera Pelakon Drama Bersiri Ummi Nazeera

Carian Berkaitan

novel patahnya sebelah sayap, nama pelakon patahnya sebelah sayap, syainie shuhaimi biodata, biodata muhammad faiz patahnya sebelah sayap, mili pelakon, gadis bertudung comel selfie, patah sebelah sayap

Artikel Berkaitan

Tags: #biodata ummi nazeera #gambar ummi nazeera #pelakon drama patahnya sebelah sayap #pelakon nur kasih #sinopsis drama patahnya sebelah sayap #tudung ummi nazeera #ummi nazeera berhijab

Biodata Mimi Lana, Peserta Dewi Remaja Kini Bergelar Pelakon
Biodata Mimi Lana Nama Penuh : Mimi Roziana binti Zainal Abidin Nama Popular
Biodata Syazuwan Hassan, Nama Baru Dalam Industri Drama Tempatan
Nama Syazuwan Hassan pernah muncul dalam drama Ketupat Palas Mr. Handsome yang melakonkan
Drama Sein dan Luna Tampilkan Ramai Muka Baru
Drama berjudul Sein dan Luna Drama bersiri terbaru berjudul Sein & Luna bakal
Drama Bersiri Terbaru Sayang Papa Saya Tak?
Drama berjudul Sayang Papa Saya Tak? Nantikan kemunculan drama terbaru adaptasi novel Sayang

Comments are closed.