Dari perokok tegar kepada cara hidup lebih sihat


 
 

Ubah cara anda daripada menghisap rokok konversional kepada e-cigarette yang kurang bahayanya daripada rokok biasa. Rokok biasa memerlukan proses pembakaran untuk mengeluarkan nikotin dari tembakau. Proses inilah yang menyebabkan rokok menjadi bahaya memandangkan proses pembakaran mengeluarkan pelbagai jenis bahan toksid beracun termasuk tar yang terlekat pada gigi. Penggunaan ubat gigi penghilang kesan tar tidak dapat hilangkan kesan ini sepenuhnya. 
Memandangkan badan sudah terbiasa mendapat supply nikotin yang tinggi, maka ketagihan ini sukar untuk dihilangkan. Ditambah lagi mereka yang sudah lebih 30 tahun merokok. Oleh yang demikian, kaedah ke arah berhenti terus merokok susah untuk dilaksanakan memandangkan kesan ketagih ini. Badan nakkan nikotin. Bila bau asap, rasa la resah nak merokok terutama selepas makan makanan yang berat.

Pengambilan
nikotin juga dicadangkan dalam klinik behenti rokok dengan mengambil
coklat nikotin dan juga pelekat nikotin pada tubuh. Mostly ramai gagal
behenti dengan cara ini dan kembali menghisap rokok.
 
 So, terfikir juga, masih adakah langkah yang lebih sihat untuk merokok?
Jawapan ialah e-cigarette atau vapor. Bila start vapor, apa yang kita akan perasan, pada hari pertama ialah kita akan vapor dengan sangat kerap memandangkan jumlah nikotin pada e-juice vapor yang diambil hanya 6mg. Sedangkan badan kita biasa mendapat 18 – 26 mg nikotin pada setiap batang rokok. 
Apalah sangat melalui sedikit pelaburan duit lingkungan RM300 – RM400 untuk satu unit lengkap e-cigarette kita dapat kurangkan menghisap rokok biasa. Maksud disini, pada kebiasaan bagi perokok tegar, mereka menghisap sekurang-kurangnya 40 batang rokok dalam masa 2 hari. 
Setelah seminggu menggunakan e-cigarette, seorang rakan berjaya mengurangkan jumlah tersebut kepada 1 batang rokok sehari. Bila ditanya, dia menyatakan rokok rasanya pahit, asapnya berbau busuk. 
Jadi kesimpulannya, e-cigarette ini berjaya menjauhkan diri perokok tegar kepada pergantungan terus kepada tembakau. Inilah sebenarnya konsep bagi e-cigarette. Dari merokok ke vapor yang payah tu. Bila rokok dah buang, nak buang e-cigarette amat senang. Bila kita dah boring dengan benda-benda ni, kita boleh tinggalkan terus dunia isap menghisap ni. Cuci tangan dan selesai. 

Antara perkara yang perlu dilakukan selepas berjaya keluar daripada ketagihan rokok ialah melakukan proses mencuci gigi (Scaling). Dengan kaedah ini, kita akan rasa bebas sepenuhnya daripada kotoran yang terlekat pada gigi. Senyuman yang menarik datangnya dari gigi yang bersih.
– Luahan perokok tegar

Carian Berkaitan

bahaya vaping, foto menghisap vapor, kesan nikotin pada perokok, photo menghisap vaping, rokok vs vape, rokok vs vapor, vapor vs rokok

Artikel Berkaitan

Tags: #e-cigarette #e-cigarette kit #healthy life #smoke #stop smoking

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Comments are closed.