Cerita Tentang Kelahiran

Untitled

Mak Limah adalah seorang perempuan yang berusia lima puluh tahun  pada suatu hari telah mengadu sakit dibahagian perut. Sakitnya diibaratkan seperti mahu melahirkan anak. Dengan usia yang sebegitu, amat jarang berlaku lebih-lebih lagi pada perempuan yang telah putus haid.

Pak Dor yang mendengar rintihan isteri beliau langsung tak hiraukan isterinya kerana mungkin ia merupakan sakit perut biasa yang dianggap tersalah makan atau sebagainya;

“Alah pergilah klinik, awak cek”

Mak Limah yang kesakitan tidak mahu ke klinik. Katanya penyakit ini datang sekejap sahaja. (cuba pendamkan sesuatu). Kemudian tiba-tiba rasa sakit tu semakin dirasa, dan satu cecair jernih tiba-tiba keluar dan diikuti dengan darah.

Kejadian tersebut adalah seperti seorang perempuan yang sudah bersedia untuk bersalin. Sebelum ini, jika dilihat pada perut Mak Limah sememangnya tiada tanda-tanda perempuan sedang mengandung. Itulah yang menjadikan Pak Dor tidak menjangkakan apa-apa. Malahan beliau tidak percaya langsung akan hal tersebut.

Cecair bercampur darah yang keluar itu diakhiri dengan tujuh biji telur yang keluar daripada badan Mak Limah dan telur tersebut akhirnya pecah dan keluarlah tujuh bayi lelaki sebesar satu tapak tangan.

Pada masa kejadian itu berlaku, hanya beliau dan anak-anak beliau sahaja yang melihat perkara tersebut. Sebenarnya perkara ini sudah biasa bagi Mak Limah yang berketurunan Puteri Saadong. Pada masa tersebut, Mak Limah dibidankan oleh makhluk halus.

Bayi tersebut dibawa pulang oleh bidan tersebut untuk dipelihara oleh nenek mereka (Puteri Saadong) yang tinggal di Bukit Marak. Pada setiap malam, bidan tersebut datang untuk disusukan oleh Mak Limah. Inilah yang berlaku 10 hari lepas. 

Selain itu juga, dimaklumkan bahawa anak kedua beliau adalah kembar sedangkan yang dilihat dengan mata kasar hanyalah kelahiran normal.

Budak tersebut dijaga bergilir-gilir oleh nenek mereka dan Mak Limah. Hanya Mak Limah sahaja yang tahu. Jika ditanya Mak Limah, apakah perbezaan antara mereka berdua? Jawabnya, yang tinggal dengan nenek beliau adalah yang paling nakal. Maka, jikalau dilihat budak itu yang bermain di depan rumah, boleh dilihat perbezaan perangai setiap minggu.

Pernah juga penulis bertanya;
“Adik pernah pergi umah nenek?”

Budak itu menjawab;
“Pernah! Umah dia besar macam istana, dibawah ada taman permainan, dan adik
selalu pergi main-main disitu masa tinggal umah nenek”

Sebenarnya, perkara ini sangat mistik untuk diperbincangkan oleh kerana tiada bukti jelas. Yang pasti kita harus percaya kewujudan makhluk tersebut.

Shino said : Mistik sungguh!

Artikel Berkaitan

Tags: #cerita #lahir #makhluk #mereka #mistik

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    cirrhilabrus7 years ago

    lagenda puteri saadong. i dont know why, this is the lagenda mistik yg plg sy adore…

    cerita la lagi, sy suka baca kisah yg berkait dgn puteri saadong (=

    Reply
  2. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    cirrhilabrus,
    🙂 ermm suka gal cite gni

    Reply

Leave a reply "Cerita Tentang Kelahiran"