Cerita Hantu Paling Seram Sejuk


Dalam sebuah kampung tinggal tiga beranak. Rumah mereka sangat jauh ke dalam hutan. Pada suatu malam, Mak Mah telah dijemput untuk menghadiri persiapan kenduri kahwin di kampung sebelah dan jaraknya agak jauh di bandar. Maka, sebelum Mak Mah keluar meninggalkan rumah, dia telahpun menidurkan dua (2) orang anaknya itu. Si adik tidur di dalam bilik dan Si abang pula tidur di ruang tamu rumah.

Setelah lama Mak Mah pergi meninggalkan rumah, Si abang tetiba terjaga oleh kerana mendengar bunyi pelik di dalam bilik seperti seseorang sedang melakukan sesuatu.

Maka, Si abang pun bertanya;
“Mak, buat apa tu?”
“Mak sedang makan sireh ni” Jawab suara itu.

Setelah setengah jam kemudian, bunyi pelik tersebut kedengaran lagi. Dan Si abang yang tidak berpuas hati bertanya lagi;
“Mak, nape tak tidur lagi? Mak buat ape?”
“Mak tengah makan sireh ni sayang” Jawab suara itu lagi dari dalam bilik tidur adiknya.

Oleh kerana rasa tidak puas hati dengan jawapan itu lagi, Si abang bingkas bangun dan menuju ke pintu bilik yang mana tempat adiknya tidur. Maka, pintu bilik di tolak perlahan-lahan. Bunyi engsel pintu berusia setengah abad itu memecahkan kesunyian malam.

Dan Si abang terperanjat apabila dilihat seekor lembaga berbulu dan bermata merah sedang meratah lengan adiknya. Dan ternyatalah suara tersebut adalah daripada lembaga tersebut yang disangka ibunya. Maka, Si abang yang tidak dapat menahan ketakutan akhirnya menjerit sekuat hati meminta tolong.

Lembaga berbulu menyerupai seekor mawas bermata merah terus melompat ke bucu siling membawa ratahan lengan adik Si abang. Lembaga itu mengilai nyaring. Sambil melompat-lompat antara bucu siling rumah kampung tersebut.

Pada detik cemas tersebut, Si abang yang ketakutan separuh mati berlari meminta pertolongan dan akhirnya sekumpulan penduduk kampung beramai-ramai menuju ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keadaan. Tetapi usaha tersebut sudah terlambat, lembaga tersebut telahpun menghilangkan diri dan hanya sisa tulang dan serpihan tubuh kecil Si adik sahaja yang tinggal. Maka, tamatlah cerita berkenaan lembaga tersebut.

Sebenarnya, cerita ini telah diceritakan oleh arwah nenek aku semasa aku berusia 10 tahun. Pada masa tersebut, aku sangat takut dan akhirnya tertidur.

Carian Berkaitan

cerita hantu paling seram

Artikel Berkaitan

Tags: #cerita hantu #cerita hantu makan budak #cerita hantu nenek #cerita hantu paling seram

Pandangan Lelaki Kepada Perempuan Seksi
Bagi sesetengah lelaki, perempuan sebegini, biasanya jarang dijadikan pilihan sebagai teman hidup. Ini
Cerita Tentang Pelajaran Dalam Kelas
Murid-murid sekalian. Hari ini kita akan belajar pasal haiwan. Sebelum tu, cikgu nak
Cerita Bayi Berkaki Ayam
Semalam, aku lepak bersama seorang kawan, sudah lama tidak keluar mengeteh (minum teh)
Kuih Akok, Sangat Sinonim Dengan Negeri Kelantan
Al-kisah hikayat kuih Akok Hari ini saya nak citer sket pasal “Kuih Akok”.
  1. author

    farah aminuddin7 years ago

    kene dgr cite horror baru bleh tido lah eh XD

  2. author

    mala_yusof7 years ago

    huhuhuhu…
    seram…
    nasib baik baca di waktu pagi bertemankan suara budak2 di kelas..

  3. author

    Hananeechan7 years ago

    uish…
    serammmm~ boleh tidur ek lepas dgr cite cmni? huhuuu

  4. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    farah aminuddin,
    tidur dalam ketakutan huhu

    mala yusof,
    ngehe 😛

    hananeechan,
    sebab nakal sangat. Cite cmni seramnya merebak hingga sekarang.

  5. author

    ije7 years ago

    adeh. ngeri tul cite tu.

  6. author

    aVissaWella867 years ago

    pernah dgr tak kisah mayat nenek yg kena potong jari sebab cucu dia curi cincin? tu kisah masa me kecik2, fungsi sama gak nak bagi cepat tido hehehe

  7. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    ije,
    ngeri…
    masa budak2 mmg takut tahap gaban..

    aVissaWella86,
    yeke.? isk.. cite u lagi seramm..
    huhu :S

  8. author

    Shopaholic Mama7 years ago

    so ni cite betul ke tak? or saja nak menakutkan you?

    still, its seram jugak!

  9. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    shopaholic mama,
    ntah betul ke tak…
    tp seram la juga bila teringat-ingat..

  10. author

    yOnnA7 years ago

    ish seram la bro. mati2 ingatkan cerita betul 🙁

    dulu2 dengar je kisah seram terus tido. skang ni, org nampak hantu pon maintain je huh

  11. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    yonna,
    sekarang dah x takut sebab bulan puasa heheehee 😛