Cari Rezeki Sambil Beramal

6625159841

Semua orang ada impian. Macam zaman dahulu, banyak program realiti yang akan realisasikan impian untuk menjadi Jutawan. Bermula dengan program syarikat rokok Bensen & Hedges – Golden Dream, Program More – Juta Ria dan hinggalah ke Program Ali Cafe – Semua boleh jadi Jutawan.
Tapi takat mana peluang ni akan dapat pada kita. Cakap pasal rezeki untuk menang benda-benda gini sangat susah umpama “kira bulu kucing”.

Bila fikir nak kaya, ada banyak cara, ada cara yang salah dan ada cara yang betul. Kita pun kena juga fikir dari mana sumber rezeki yang kita dapat. Kalau dari sumber yang tak elok, maka tak berkatlah rezeki itu. Tambahan lagi rezeki tu akan jadi darah daging kita nanti, kemudian nak bagi makan anak isteri kita pula. Semua itu kena fikir dalam-dalam dan bukan sekadar nak berjaya serta kaya-raya sahaja.

Buat bisness kenalah fikir juga, bukan mahu kaya di dunia sahaja tapi akhirat pun kena jaga. Oleh itu, kita kena pilih bisness yang baik, yang elok supaya ia berkat. Mencari rezeki biarlah sambil beramal. Itu yang penting.

Cakap pasal rezeki, cuba kita berfikir sejenak;

Kenapakah orang yang kerja bergaji RM500.00 sebulan dapat menanggung semua perbelanjaan anak isteri beliau seramai 10 orang dengan hanya satu sumber dan mereka sekeluarga ini sudah cukup makan dan cukup pakai. Pelik kan?

dan,

Kenapa pula orang yang bergaji RM5,000.00 sebulan dan masih bujang, tetapi tidak cukup wang untuk menyara hidup beliau, selalu berhutang dan hidup mereka ini tidak mewah ? (sesetengah kes)

Sebenarnya dalam soal ni, rezeki yang Tuhan bagi bukanlah dalam bentuk wang ringgit semata-mata tetapi rezeki ini datang dalam pelbagai bentuk yang tidak disedari oleh kita. Rezeki yang berkat adalah asas kepada semuanya.

Janganlah kita hanya mengharapkan “bulan jatuh ke riba”. Sifir dia senang sahaja. Kalau orang yang berjaya itu bekerja 20 jam sehari. Kita ikut dia, buat macam dia sebab sudah tentu kita akan jadi macam dia. Kalau orang yang berjaya itu tidur sambil merangkak, kita cuba tidur macam dia. Ibaratnya gitu lah. Itu secara logik akal. Kalau tak percaya cuba try.

Shino said: Carilah rezeki di muka bumi ini umpama kamu akan hidup seribu tahun lagi. Dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok.


Artikel Berkaitan

Tags: #berjaya #cari #cuba #halal #kerja

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenaiĀ Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut
  1. author

    ije7 years ago

    rezeki bukan dlm bentuk wang ringgit je. kan?

    Reply
  2. author
    Author

    Encik Shino7 years ago

    ije,
    Jodoh pun kira rezeki hehehe šŸ˜›

    Reply

Leave a reply "Cari Rezeki Sambil Beramal"