Cara Memikat Dan Memujuk Isteri Supaya “Bersama” Lebih Kerap, Suami Perlu Tahu Waktu Sesuai!

Cara Memikat Dan Memujuk Isteri Supaya Bersama Lebih Kerap

Kehendak seks wanita berbeza dengan seorang lelaki. Lelaki boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja jika nafsunya dirangsang. Nafsu lelaki senang terangsang jika seorang wanita yang cantik menggodanya, tambahan lagi jika wanita tersebut berbogel di hadapannya. Berbeza dengan wanita, wanita tidak mudah terangsang walaupun seorang yang kacak berbogel di hadapannya.

Wanita melakukan seks kerana cinta. Untuk merangsang wanita, anda perlu pandai menggoda pasangan anda dengan cinta anda. Ada wanita yang menganggap seks adalah sesuatu yang janggal dalam kehidupan walaupun ia memberi kepuasan puncak kepada mereka.

Jadi, untuk mengubah sikap isteri anda yang dingin ini, anda perlu pandai menggoda isteri anda. Lebih kerap hubungan seks antara anda berdua, lagi sukar untuk anda berpisah. Lakukan hubungan seks kerana cinta bukan kerana nafsu.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk menggoda isteri anda? Bilakah waktu yang sesuai? Berikut adalah beberapa tips dan cara untuk menggoda isteri anda.

Cara Memikat Isteri

  1. Menggoda isteri dengan percakapan

Mulakan dengan puji-pujian. Jika anda mahu melakukan hubungan seks pada malam hari, anda perlu menggoda isteri anda dari pagi lagi. Puji kecantikan isteri anda. Bisik pada telinga isteri anda dengan kata-kata cinta dan pujian. Cakap dengan nada yang perlahan tetapi cukup kuat untuk isteri anda dengar.

  1. Memegang mesra isteri anda

Sentiasa peluk isteri anda dengan perlahan. Beri kejutan seperti memeluk dari belakang, kemudian mecium rambut dan leher isteri anda. Sentiasa meraba-raba isteri anda seperti ketika isteri sedang berjalan ke dapur, anda pegang punggungnya sambil memuji isteri anda. Jangan malu untuk menggatal dengan isteri anda kerana inilah antara nikmat berumah tangga yang tidak patut anda lepaskan.

Sesekali cuba buat kejutan dengan memberikan ciuman ketika isteri sedang memasak di dapur. Hadiahkan dia sekuntum bunga ros atau coklat, paling tidak ajak dia untuk makan malam yang indah bersama anda, pasti ada kelainannya selain menggoda di bilik tidur.

  1. Memandang dengan penuh rasa cinta

Walaupun anda sudah lama berkahwin, isteri anda masih lagi tidak boleh melawan jika anda memandang tepat pada matanya. Mereka mudah tergoda dengan lelaki yang mereka cinta. Sentiasa bermain mata dengan isteri anda walaupun anda sudah lama berkahwin. Mereka akan malu-malu dengan anda kerana sebenarnya apabila isteri yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, mereka merasakan mereka sudah tua dan rendah diri.

  1. Selalu menggoda isteri

Apabila anda mula atau sentiasa menggoda isteri anda, isteri anda akan rasa lebih sayang pada anda. Apabila bertambah sayang, maka peluang anda untuk ‘bersama’ adalah lebih tinggi. Isteri anda perlu digoda untuk mengajak mereka ‘bersama’. Isteri gembira apabila selalu digoda dan mungkin mereka pula yang akan menggesel-gesel dengan anda untuk melakukan hubungan seks. Sikap isteri yang dingin boleh diubah dengan cara menggoda mereka.

Waktu Yang Sesuai

  1. Selepas bertengkar

Dalam hubungan suami isteri, anda tidak akan dapat lari daripada bertengkar. Apabila bertengkar sudah tentu kemarahan meluap-luap dan menjadikan jantung anda berdegup kencang. Selepas anda berdua meledakkan kemarahan masing-masing, anda perlu mengambil inisiatif untuk meredakan kemarahan isteri dengan menghampirinya, merangkul pinggangnya dan berikan ciuman seikhlas hati. Pasti isteri anda tidak menolak dan hubungan seks boleh diteruskan dengan cara yang selembut mungkin.

  1. Ketika isteri anda stress

Ada wanita yang apabila terlalu stress akan mempunyai semangat untuk melakukan hubungan suami isteri. Kajian menunjukkan bahawa stress atau tekanan meningkatkan rangsangan keintiman wanita. Oleh itu, jika isteri anda stress namun tidak bercadang melakukan hubungan seks, anda boleh menawarkan untuk melakukan urutan kepada isteri dan pastinya keghairahan isteri meningkat.

  1. Selepas menghadiri majlis

Menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan atau pertunangan pasti mengingatkan kembali kenangan ketika saat anda dan isteri diijabkabulkan dahulu. Wanita mudah terangsang dalam situasi romantik, tidak perlulah anda hairan apabila selesai majlis, mendengar alunan muzik romantik berdua-duaan sudah cukup untuk menggodanya untuk bersama anda.

  1. Menonton filem romantik

Kebanyakan wanita menyukai filem romantik dan menonton filem romantik bersama adalah salah satu cara untuk anda membangkitkan mood isteri untuk berhubungan intim.

  1. Saat isteri gembira dan bahagia

Sama seperti kemarahan dan kesedihan, kegembiraan dan kebahagiaan menjadikan seseorang wanita itu tidak menolak untuk melakukan hubungan seks. Justeru tidak hairanlah seorang wanita yang baru menerima bonus, atau kenaikan pangkat atau apa saja yang menggembirakan hatinya di pejabat memberikannya satu perasaan ghairah dan mood yang amat positif untuk melakukan hubungan seks dengan anda.

  1. Ketika isteri cemburu

Isteri memang mudah terbakar jika mendengar suami ada wanita lain, oleh itu jangan pelik jika dalam keadaan sedemikian keinginannya untuk ‘bersama’ semakin meningkat.

Semakin lama wanita tidak melakukan hubungan intim sebenarnya dia pasti akan merinduinya. Tidak salah anda membiarkannya bersendirian jika itu yang dimahukannya, namun sebaik sahaja isteri anda mahukannya jangan lepaskan, kerjasama daripada kedua belah pihak pasti akan mendatangkan kepuasan maksimum buat anda berdua.

  1. Selepas berpisah beberapa ketika

Berpisah beberapa hari dengan isteri anda membuatkan dia akan merindui anda. Luahan kata-kata rindu berbaur romantis menerusi telefon cukup untuk membangkitkan rasa ghairah isteri untuk bersama anda selepas pulang nanti.

  1. Ketika waktu subur

Wanita sangat mudah terangsang semasa tempoh suburnya. Oleh sebab itu, dua minggu selepas haid adalah saat paling baik untuk melakukan hubungan seks. Pastikan anda tidak terlepas saat tersebut.

Carian Berkaitan

cara pikat isteri dingin seks
Loading...

Tags: #cara memenangi hati isteri #cara memikat hati isteri di ranjang #cara memikat isteri #cara memujuk isteri #cara pujuk bini #Pahala Jika Isteri Ajak Suami Bersama #Resepi Memikat Isteri #resepi memikat isteri kepala bergetar #tips Ajak Isteri Bersama #tips bahagia #tips ingin bersama lebih kerap dengan isteri #Tips Memikat Hati Isteri #Tips Romantis Memikat Hati Isteri #tips suami isteri #tonton resepi memikat isteri #waktu sesuai untuk bersama

Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor
Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap
Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profil diri,
Cara Melatih Anak Supaya Solat 5 Waktu
Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Apatah lagi untuk solat

Comments are closed.