Berbaloikah Lelaki Pikat Gadis Cantik Sebagai Teman Hidup?

Pikat Perempuan

Seorang lelaki akan terfikir berbaloikah untuk memiliki gadis cantik sebagai teman hidup mereka? Mari kita tengok beberapa isu yang mungkin menjadi penyebab kenapa kurangnya mereka membuat pilihan demikian.

ISU 1 :
Mereka berpendapat bahawa perempuan sebegini sudah mempunyai teman lelaki dan akan merasa rendah diri dan kurang keyakinan. Dalam hati sering berbisik;

“Siapalah aku ni, ada hati pulak nak ngurat awek cun tu”

Maka, lelaki akan mudah berputus asa sebelum mencuba. Kalau yang berani nak try pun just sebagai eksperimen sebab resultnya pasti 90% akan GAGAL.

ISU 2 :
Kadangkala, lelaki kurang akan tegur perempuan yang cantik oleh kerana mereka akan berasa gugup dan segan. Rasa macam tebal je muka ni bila cuba nak dekat kepada perempuan cantik itu. Takut spoil la kan? Kalau yang biasa-biasa tu rancak je mulut nak bersembang. Aku rasa perlukan masa untuk mula masyuk dengan perempuan jenis cantik rupa paras ni. Lepas tu, baru boleh cakap dengan selesa.

ISU 3 :
Sebenarnya bukan taknak dekat dengan mereka ini tetapi takut-takut tidak dilayan oleh mereka. Maklumlah segan tapi mahu. Bukan pula tak gentlemen, tapi rasa seperti sangat kagum oleh sebab minat punya pasal. Maka, terkebil-kebil lah si teruna. Lidah pulak jadi kelu. Dalam hati selalu berkata;

” Amboii.. lawaaaaanyaa perempuan nii..”

ISU 4 :
Perempuan yang cantik biasanya akan jual mahal, ego dan kurang memandang pada lelaki yang dirasakan kurang berbanding dirinya. Mereka berpendapat, hanya lelaki yang hensem dan kacak sahaja layak mendampingi mereka. Maka, lelaki biasa yang betul-betul suka kepada perempuan itu sering sahaja dipergunakan.

“Maklumlah I ni ramai peminat, so I tak heran lah sebab ramai je yang suka I, kalau U taknak I, seribu lelaki lain yang datang nak ngurat I tau!?”

ISU 5 :
Seringkali juga perempuan cantik ini mempunyai taste yang tinggi, agak cerewet dan selalu buat hal kerana atas sebab mereka tidak kisah langsung jika break up. Sebab mereka kan boleh cari 10 kali lebih baik dari teman lelaki yang mereka ada sekarang. So, no wonder lah mereka bersifat sebegitu. Oleh yang demikian, kesabaran dan ketahan mental yang tinggi diperlukan untuk memiliki perempuan jenis begini.

ISU 6 :
Bagi lelaki, akhirnya mereka akan memilih perempuan yang mempunyai rupa paras yang agak biasa ataupun typical. Janji ada sedikit kemanisan waktu dipandang pun sudah memadai kerana mereka ini boleh dikatakan sangat setia. Dan lelaki pula, sangat suka perempuan yang sangat memahami serta penyabar dengan segala karenah mereka. Sifat yang penyabar sebenarnya adalah senjata paling berbisa buat perempuan kerana sekeras mana pun hati lelaki pasti akan cair oleh sifat yang terpuji ini. Tolong percaya!

ISU 7 :
Bagi lelaki, perempuan seksi, sangat sosial dan cantik rupa paras hanya untuk dilayan SUKA-SUKA sahaja! Malah lelaki hidung belang sekali pun mempunyai keinginan untuk memperisterikan perempuan yang baik, sopan dan muslimah sahaja. Mereka tidak akan mencari perempuan yang sejenis dengan mereka.

ISU 8 :
Perempuan yang cantik ini kadang-kadang banyak yang dah kena “test drive” dan susah sekali berjumpa jenis “Segar dari Ladang”. Mereka hanya mencagar rupa paras sebagai aset untuk menarik perhatian lelaki. Mereka ini kadangkala menggunakan kelebihan rupa paras mengiurkan untuk kepentingan diri sendiri walaupun secara sengaja atau tak sengaja. Seringkali mereka dikaitkan dengan menjadi isteri kedua dan ada juga yang menjadi perempuan simpanan sebahagian golongan VVIP.

ISU 9 :
Jarang sangat perempuan yang cun-melecun ini mempunyai tahap kerajinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu. Boleh dikatakan mereka ini agak pemalas. Selain itu, perempuan cantik dikaitkan mempunyai IQ yang lebih rendah dan mereka kurang berkemahiran dalam hal pengurusan rumah tangga, kewangan, pergaulan dan tidak dapat memberikan fokus yang tinggi sesuatu benda yang dilakukan. Jika dibandingkan mereka yang berada dalam bidang kerja profesional, mereka jarang sekali ditemui dalam bidang berkaitan kejuruteraan, guaman, perubatan dan setaraf dengannya.

Sekadar perkongsian bebas sahaja.

Loading...

Tags: #berbaloikah ngurat gadis cun #cara mengurat awek #cara mengurat awek cun #cara nak cari bini #cari teman hidup #cari teman wanita #gadis cantik pilihan #masalah nak pikat gadis

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Berbaloikah Lelaki Pikat Gadis Cantik Sebagai Teman Hidup?"