Balada Pemancing Jalanan EP.4

11072012844-copy

Tasik pergau terletak di daerah Jeli, Kelantan merupakan destinasi saya seterusnya. Saya sedang mengkaji ikan apakah yang sedang bermaharaja lela di sana? Dengar pada cerita ikan Tapah sebesar sampan dan ikan Patin sebesar bakul sedang menunggu disana. Ini menjadikan perasaan membuak-buak dalam jiwa saya untuk mencuba nasib di sini. Selama 3 hari di sana. Namun, tidak kelihatan kelibat ikan gergasi yang dikatakan itu. Kalau ikan Toman saya pernah terserempak, tapi saiznya tidaklah sebesar mana. Mungkin masa kurang cukup untuk saya terus eksploitasi dengan jayanya.

 

Musim kemarau menyebabkan timbulnya bukit dalam air dan tunggul kayu menjadi ancaman kepada sampan
Sebarau dan Baung adalah penghuni utama tasik ini

Maklumlah pada musim kemarau, air tasik surut dan kebanyakkan penduduk sekitar mencari sejenis siput yang dikenali sebagai Etok. Jualan Etok sekitar tasik adalah RM10.00 bagi 4 Kg berat. Walaupun diketahui bahawa kawasan ini adalah kawasan larangan kerana ia dibawah kawalan Majlis Keselamatan Negera (MKN) berikutan Tasik Pergau adalah penyumbang ke tenaga hidroelektrik melalui tasik buatan, namun aktiviti menangkap ikan disini sukar dibendung sama sekali.


Artikel Berkaitan

Tags: #balada #joran #pancing #tasik

Cara Urus Pindah Milik, Jual Beli Kereta Sendiri
Proses pindah milik boleh dilakukan setelah kedua belah pihak (pemilik atau pembeli) masing-masing
Panduan Pengubahsuaian Motosikal
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Panduan Lengkap Ubahsuai, Tukar Enjin Kenderaan
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Teknik Menukar Minyak Gear Pada Enjin Sangkut
Pengenalan Am Kotak gear yang ada pada enjin sangkut dua lejang adalah mengikut

Leave a reply "Balada Pemancing Jalanan EP.4"