Balada Kereta Oldskool Jalanan ep.2


Finally. Semua berjalan lancar. Sehingga kini pada Disember 2013. Akhirnya ia berfungsi sepenuhnya. Kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sekarang ia sudah pada peringkat akhir. Secara luarannya, sudah agak segak juga.

 

Secara amnya, saya berpuas hati dengan dengan kos upah yang agak ekonomik untuk kerja membaikpulih. Maklumlah, umur kereta ni sudah mencecah 32 tahun pada tahun 2013 ini. Kalau nak fully restoration 100% rasanya agak tidak berbaloi. Lagipun tak perlu melebih sangat sebab secara asasnya badan kereta sudah agak baik sewaktu ia mula-mula menjadi milik saya.

Pada pandangan saya, rim kereta amat mempengaruhi keadaan kereta oldskool ini. Jika tidak kena cara, maka buruklah keadaannya. Untuk body kereta seperti saya ini, saya suka mengenakan model rim Watanabe yang offsetnya agak lebih. Ia memberikan keadaan kereta nampak tegap dan masculine.

Saiznya tidaklah sangat besar. Ukuran 15 inchi sudah memadai dengan kereta bernadikan 1300cc ini. Selain itu, modifikasi di bahagian arch belakang perlu dibuat bagi mengelakkan geseran memandangkan saya menggunakan rim lebar 9jj. Spring juga dibina secara custom made dengan absorber dari model lori pikap. Tak sah kalau tak lowered, itu tanda JDM. Secara luaran aku rasa sudah memadai.

Pada masa sekarang saya akan menumpukan sesi modifikasi kedua iaitu melibatkan struktur interior. Banyak yang perlu diperkemaskan lagi. Insyaallah kalau ada rezeki lebih.

 p/s : hampir selesai sudah..

Carian Berkaitan

kereta old skool, oldskool lori absorber, rim kereta oldskool

Artikel Berkaitan

Tags: #dx #ke70 #oldskool #project car #projek

Cara Urus Pindah Milik, Jual Beli Kereta Sendiri
Proses pindah milik boleh dilakukan setelah kedua belah pihak (pemilik atau pembeli) masing-masing
Panduan Pengubahsuaian Motosikal
Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Panduan Lengkap Ubahsuai, Tukar Enjin Kenderaan
Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Jabatan
Teknik Menukar Minyak Gear Pada Enjin Sangkut
Pengenalan Am Kotak gear yang ada pada enjin sangkut dua lejang adalah mengikut

Comments are closed.