Apakah Matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ditubuhkan ?


Ringkasan Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia

  • Pengerusi – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
  • Presiden Parti – Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

 Ahli Terawal

  • Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
  • Bekas pemimpin Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin
  • Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman
  • Pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
  • Bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi

Carian daripada sumber mendapati matlamat utama dan haja tuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah seperti berikut;

  • Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  • Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  • Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  • Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  • Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  • Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;
  • Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  • Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  • Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  • Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  • Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  • Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.

Ikuti laman Facebook Official Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk maklumat selanjutnya.:

https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial

Carian Berkaitan

parti bersatu, parti pribumi bersatu malaysia logo, parti peribumi bersatu malaysia, lambang bersatu, bersatu logo, perlembagaan ppbm, logo pribumi bersatu

Encik Shino

Lepasan graduan IPTA tempatan, mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam menulis artikel dan blog. Minat berkongsi sesuatu kepada masyarakat melalui penulisan.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #ahli bersatu #logo parti bersatu #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia #PPBM #slogan parti bersatu #Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden parti bersatu #tarikh ditubuh parti bersatu #tujuan parti bersatu ditubuhkan

Perkara Penting Dalam Ucapan Belanjawan 2017
Tema Belanjawan 2017 : Perpaduan dan pertumbuhan ekonomi, Menghemah perbelanjaan inklusif, Mensejahtera kehidupan rakyat
Profil Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dan Logo Rasmi PPBM
Profil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Nama Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia Nama (akronim) PPBM

Comments are closed.