5 Filem Hollywood Wajib Tonton Ogos 2017

2017 Movies

Menonton wayang merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan terutamanya apabila dilakukan pada waktu senggang atau hujung minggu bersama kawan-kawan.

Di samping dapat menyaksikan filem-filem baharu tempatan atau luar negara, aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan anda.

Memasuki bulan Ogos, terdapat banyak filem Hollywood yang menarik, hebat dan luar biasa menanti anda di pawagan.

Kaki wayang, sudahkah anda bersedia dengan filem-filem terbaik Hollywood sepanjang Ogos 2017.

Nah, lima filem Hollywood yang wajib anda tonton di bulan ini. Jangan sampai ketinggalan!

1. The Dark Tower

The Dark Tower Movies

Filem ini memaparkan kisah budak lelaki berusia 11 tahun bernama Jake Chambers yang pergi ke deminsi lain iaitu Mid-World. Jake kemudian bertemu dengan seorang pahlawan, Roland Deschain dan menyertai satu misi mencari Dark Tower yang berada di hujung dunia bagi menghalang dunia yang sedang nazak dari musnah. Dalam perjalanan ke Dark Tower, mereka terpaksa merintangi pelbagai jenis raksasa dan berdepan dengan ahli sihir yang jahat bernama Walter Padick. Akan ditayangkan pada 3 Ogos 2017, filem fiksyen ini diserikan oleh bintang Hollywood popular seperti Matthew McConaughey, Idris Elba, Tom Taylor dan Katheryn Winnick.

2. Annabelle: Creation

Annabelle Creation Movies

Buat penggemar cerita-cerita seram, Annabelle: Creation merupakan filem yang wajib anda tonton pada bulan ini. Bakal ditayang pada 10 Ogos 2017, filem ini dilakonkan oleh Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia dan Talitha Bateman. Berlatar belakangkan era 50-an, filem arahan David F. Sandberg ini mengisahkan kehidupan seorang pembuat patung boneka bernama Samuel Mullins dan isterinya yang kehilangan anak perempuan akibat kemalangan maut jalan raya. Setelah beberapa tahun, pasangan ini membuat keputusan untuk menerima seorang biara dan beberapa anak yatim tinggal di kediaman mereka kerana rumah penjagaan anak-anak yatim telah ditutup. Tiba-tiba, salah seorang dari anak yatim mengeluarkan kejahatan disebalik patung boneka Bee yang merupakan Annabelle. Sejak itu, mereka menjadi sasaran patung yang dirasuk, Annabelle.

3. The Hitman’s Bodyguard

The Hitmans Bodyguard 2017 Movie

Dibintangi pelakon Hollywod popular iaitu Ryan Reynolds, Samuel L Jackson dan Salma Hayek, filem aksi komedi ini akan ditayang pada 17 Ogos ini. Filem ini mengangkat kisah pengawal peribadi bernama Michael Bryce mendapat tugasan untuk menjaga keselamatan seorang pembunuh upahan yang merupakan bekas musuhnya iaitu Darius Kincaid dimana perlu hadir dan memberikan keterangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Michael perlu melindungi kliennya dari seorang diktator jahat yang berusaha untuk melenyapkan Darius. Adakah mereka berjaya menyelamatkan diri daripada diktator tersebut? Jangan lupa saksikan di pawagan berdekatan anda.

4. The Emoji Story

The Emoji Movie Film

Ditayang di pawagan seluruh Malaysia bermula 17 Ogos 2017, filem The Emoji Story dijayakan oleh barisan pelakon berbakat besar seperti T.J Miller, Anna Faris, Sir Patrick Stewart, James Corden, Maya Rudolph dan Steven Wright. Diarahkan oleh Tony Leondis, filem bergenre animasi komedi ini menceritakan tentang kehidupan komuniti Emoji di kota Textopolis yang menjalani kehidupan di dunia rahsia di dalam aplikasi telefon. Setiap emoji hanya memiliki satu ekspresi wajah kecuali Gene yang mempunyai pelbagai ekspresi dan tidak seperti ibu bapanya yang merupakan emoji Meh. Mahu menjadi normal, Gene bersama rakan-rakannya terpaksa mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah berkenaan.

5. Amytyville: The Awakening

Amityville The Awakening 2017

Selain Annabella: Creaction, terdapat banyak filem seram bakal menghiasi kelendar sepanjang Ogos ini. Salah satunya berjudul Amytyville: The Awakening yang dibintangi oleh Bella Thorne, Jennifer Jason Leigh, Thomas Mann, Cameron Monaghan dan Jennifer Morrison. Bagi menjimatkan wang penbelanjaan untuk merawatkan abangnya, Bella bersama ibu serta adik-beradik kembarnya iaitu Juliet berpindah ke rumah baru. Apabila menduduki rumah tersebut, pelbagai perkara aneh berlaku seperti abangnya mula pulih dan Bella sering dihantui mimpi ngeri. Mula mengesyaki ibunya yang tidak memberitahu perkara sebenar, Bella kemudian mengetahui bahawa mereka berpindah ke rumah Amytyville yang mempunyai sejarah berdarah. Jangan lupa untuk menonton filem horror ini yang bakal menjenguk pawagan mulai 17 Ogos 2017.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Amytyville: The Awakening #Annabelle: Creation #Filem Hollywood Bulan Ogos 2017 #Filem Hollywood Wajib Tonton Sepanjang Ogos 2017 #Senarai Filem Hollywood Sepanjang Ogos 2017 #The Dark Tower #The Emoji Story #The Hitman's Bodyguard

5 Aktor Bollywood Ini Masih Handsome & Stailo Di Usia 40-an !
Filem-filem Bollywood tidak pernah gagal dalam memukau dan mengagumkan para penggemarnya di seluruh
5 Pelakon Lelaki Malaysia Yang Kini Sudah Bergelar Penyanyi
Talking about celebs, we must agree they’re multitalented! Sama ada bergelar penyanyi, pelakon,
5 Selebriti Hollywood Fasih Berbahasa Asing
Bahasa merupakan medium penting dalam berkomunikasi antara satu sama lain. Selain bahasa Melayu
Lagu ‘Mata’, Single Keempat Ayda Jebat
Selepas kejayaan lagu Siapa Diriku, Pencuri Hati dan Nakal Nakal Nakal, penyanyi popular

Comments are closed.