5 Filem Hollywood Bulan Julai 2017 Wajib Anda Tonton!

Filem 2017

Buat kaki wayang, terdapat banyak filem yang hebat, terbaik dan menyeronokkan dikeluarkan sepanjang Julai ini. 

Pelbagai genre filem termasuklah komedi, aksi dan seram ditayangkan bagi menghiasi pawangan berdekatan anda.

Jangan khuwatir! Di sini, penulis senaraikan 5 filem Hollywood yang wajib anda tonton di bulan Julai. Let’s check them out!

1. Spider-Man: Homecoming

Spider Man Homecoming 2017 Movies

Mulai di tayang di seluruh pagawan di Malaysia pada 6 Julai lalu, filem ini dibintangi oleh Tom Holland, Robert Downey Jr, Michael Keaton, Zendaya dan Marisa Tomei. Filem aksi supehero yang diarahkan oleh pengarah tersohor Hollywood, Jon Watts ini mengisahkan tentang Peter Parker yang mula mengeksplotasi identitinya sebagai wira selepas beraksi dengan Avengers di Captain America: Civil War. Berguru dengan Iron Man iaitu Tony Stark, Peter menjalani hari-harinya sebagai pelajar sambil mencuba membuktikan dirinya mampu menjadi seorang adiwira. Peter juga perlu menghadapi penjahat baru bernama Vulture yang mengancam nyawa masyarakat termasuklah orang tersayangnya.

2. War For The Planet Of The Apes

War For The Planet Of The Apes 2017

Ditayang mulai 13 Julai 2017, filem ini merupakan bahagian ketiga selepas Daws Of The Planet Of The Apes dan Rise Of The Planet Of The Apes dari siri Planet Of The Apes. Filem yang dijangka box office ini dilakonkan oleh Andy Serkis, Woody Harrelson, Steve Zahn dan Judy Greer. Untuk kali ini, filem ini menceritakan konflik di antara Caesar bersama rakan beruknya bertempur dengan tentera manusia yang diketuai Kolonel yang kejam. Pertempuran ini akan menentukan nasib kehidupan antara kumpulan beruk atau manusia di muka bumi.

3. Valerian And The City Of A Thousand Planets

Valerian And The City Of A Thousand Planets 2017

Buat yang sukakan filem berbentuk fiksyen dan pengembaraan, filem ini sangat sesuai ditonton oleh anda bersama kawan-kawan tertumanya dihujung minggu. Dibintangi oleh Dave DeHaan, Cara Delevingne, Clive Owen dan Rihanna, filem arahan Luc Besson ini akan ditayang pada 20 Julai 2017. Filem ini mengangkat kisah dua ejen pengembara masa iaitu Valerian dan Lauraline untuk menyelesaikan satu misi di bandar galaksi Alpha. Mereka ke sana untuk melindung dan menjaga keselamatan spesies manusia di planet berkenaan yang diancam bahaya dari pihak jahat.

4. Wish Upon

Wish Upon 2017

Bagi peminat filem-filem seram, Wish Upon merupakan filem yang perlu anda layan di bulan ini. Mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Claire yang hidup serba kekurangan dimana ayahnya berkerja sebagai pengutip barangan buangan manakala ibunya meninggal dunia kerana bunuh diri. Pada satu hari, bapanya pulang ke rumah dengan membawa hadiah iaitu kotak muzik misteri. Apabila mengetahui kota muzik itu mampu menunaikan impian, Claire mula menggunakan untuk memenuhi segala permintaannya. Walaubagaimanapun, setiap permintaan yang ditunaikan, orang sekelilingnya akan mati dalam keadaan tiba-tiba dan ngeri. Filem yang bakal ditayangkan pada 20 Julai ini dijayakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Joey King, Ryan Phillippe, Ki Hong Lee dan Mitchell Slaggert.

5. Baby Driver

Baby Driver 2017

Baby Driver merupakan sebuah filem bergenre aksi, komedi dan jenayah yang diarahkan oleh Edgar Wright. Antara pelakon yang mewarnai filem ini adalah Ansel Elgort, Jamie Foxx, Lily James dan Elza Gonzalez. Akan ditayang pada 20 Julai 2017, filem ini mengangkat kisah seorang pemuda yang mahir dalam memandu kereta dipaksa bekerja dengan penjenayah. Pemuda tersebut mendapati dirinya terlibat dalam satu rompakan yang mengancam kebebasan hidup dan cintanya.

Sumber:
 www.cinema.com.my
 www.tgv.com.my

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Filem Hollywood Bulan Julai 2017 Wajib Anda Tonton #Baby Driver #filem baru 2017 #filem hollywood baru 2017 #Filem Hollywood Terbaik Julai 2017 #Filem Hollywood Wajib Anda Tonton Julai 2017 #Spider-Man: Homecoming #Valerian And The City Of A Thousand Planets #War For The Planet Of The Apes #Wish Upon

Biodata Fee Haiqal, Anak Bongsu Noraniza Idris Yang Kini Bergelar Penyanyi
Siapakah jejaka kacak dan berbadan sasa bernama Fee Haiqal ini? Kalau anda nak
Biodata Marsha Milan, Bintang Kelahiran AF3 Yang Berbakat & Versatil
Cantik, Berbakat dan Versatil! Itulah tiga perkataan yang terlintas di fikiran penulis tentang
Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa
Nama Ahmad Amsyar mula meraih perhatian netizen apabila muncul sebagai pemenang pingat emas
Biodata Tisha Shamsir, Aktres Antagonis Drama Titian Cinta
Jika anda penonton setia drama bersiri Titian Cinta di TV3, pastinya mengenali salah

Comments are closed.