5 Fakta Kesihatan Puting Payudara Yang Perlu Anda Ketahui!

Kesihatan Puting Payudara

Di samping kecantikan, golongan wanita juga perlu menitikberatkan tahap kesihatan diri terutamanya tentang tubuh badan masing-masing.

Sebagai seorang wanita, anda mungkin tidak banyak mengetahui tentang tubuh sendiri terutamanya mengenai puting payudara.

Ladies, kawasan sensitif ini perlu dikenalpasti dengan lebih mendalam kerana dari sinilah anda semua mengetahui tentang kesihatan payudara.

Dipetik dari portal Vemale.Com, penulis senaraikan 5 fakta kesihatan puting payudara yang perlu anda ketahui khususnya buat golongan Hawa di luar sana. Selamat membaca!

1. Bentuk Tidak Sama

Tahukah anda, bentuk puting kanan dan kiri payudara adalah tidak sama. Anda boleh perhatikan sendiri ukuran, saiz dan warna adalah berlainan antara kedua-dua puting payudara. Malah, beberapa pakar kanser payudara turut menyatakan bahawa keadaan ini adalah normal bagi seseorang wanita.

2. Boleh Menonjol Atau Masuk Ke Dalam

Puting payudara ada yang menonjol keluar meskipun tidak dirangsang. Ada juga yang bersembunyi dan masuk ke dalam sehinggakan apabila memakai baju T-shirt kelihatan seakan-akan tidak mempunyai puting langsung. Kejadian ini juga wajar dan normal bagi wanita-wanita diluar sana dimana telah diperakui oleh pakar kanser payudara.

3. Saiz Areola Berbeza-Beza

Ada sesetengah wanita mempunyai areola (bahagian gelap di sekitar puting) yang lebar manakala selebihnya yang kecil. Sebenarnya, tiada kesalahan mengenai hal ini kerana setiap wanita di dunia ini memiliki areola yang berlainan antara satu sama lain. Bahkan, warnanya turut berbeza-beza mulai dari merah jambu hingga coklat gelap.

4. Ketulan Kecil Sekitar Areola Sangat Berguna

Sedar atau tidak, terdapat ketulan-ketulan kecil di sekitar areola di payudara anda. Jangan risau, ketulan-ketulan kecil yang dikenali sebagai Montgomery Tubercles ini sangat berguna kepada ibu hamil. Apabila menyusu bayi, bahagian ini akan membantu mengeluarkan minyak supaya dapat mencegah puting dan areola kering dan pecah-pecah. Paling menarik, minyak ini bersifat anti-bakteria dan membantu mengekalkan kebersihan kawasan puting payudara ketika proses penyusuan bayi.

5. Bulu Pada Puting Payudara Adalah Normal

Sesetengah wanita mempunyai dua atau tiga bulu yang tumbuh di sekitar areola dimana tumbuh secara semula jadi dan normal. Namun, jika bulu semakin banyak dan tumbuh di luar kawalan di kawasan ini, anda disyorkan untuk berjumpa doktor dengan segera kerana berkemungkinan mengalami ketidakseimbangan hormon.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Ciri-ciri Payudara yang Sihat #Fakta Disebalik Puting Payudara #Fakta Kesihatan Puting Payudara #jenis jenis puting payudara #jenis puting payudara #jenis puting payudara dan sifatnya #jenis puting payudara tenggelam #kesihatan payudara dan puting #kesihatan puting payudara #ketulan kecil payudara #menjaga kesihatan puting payudara #puting payudara berbulu #puting payudara tak sama #Trivia Puting Payudara

Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!
Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang?
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri
13 Penyakit Ini Bakal Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stres Dan Tekanan Emosi
Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat terhindar daripada masalah dan ujian.
Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya
Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan

Comments are closed.