Welcome to EncikShino.com

"Truly delicious food will change the life of the one who eats it"

Ikuti Bacaan ini..

Bina Masjid Impian


Ding dong ding dong.. dah abis cuti kahwin. Yup finally dah jumpa siapa gerangan gadis yang mencuri tulang rusuk kiri. Maka, selamatlah aku diijabkabulkan pada pagi Sabtu 13hb Mac 2010 jam 11.00 pagi dengan sekali lafaz. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.


"Aku terima nikahnya dengan mas kahwinnya sebanyak yang tersebut...itu."

Pak Iman suruh tambah "itu" dibelakang. Kalau jawab ikut english kan senang.

"Yes I do..!"

Sure senang sebab satu nafas dan pendek! Pepun pengalaman ni memang akan jadi kenangan manis buat kami berdua.

Majlis akad nikah yang serba ringkas selesai pada 12.00 tengahari dan majlis belarak serta bersanding akan berlaku pada sebelah petang. Jadual memang sangat pack cuma tubuh sahaja tak seberapa fit. Maklumlah dari semalam sibuk berinai dan berjaga malam sambil menghafal lafaz dan memikirkan apa yang akan berlaku esok. Takut spoil kat mana-mana. Takutnya!

Maka, selesai sebabak majlis. Tapi seyes nak kahwin memang banyak benda nak kena buat, so, secara terhormat my mom telah dilantik sebagai Manager untuk majlis perkahwinan aku. Sebagai artis paling glamour pada masa itu. Aku hanya memberi sedikit pandangan dan komen kepada beliau di atas segala perancangan majlis yang akan dilangsungkan. Tema? Of course kaler MERAH. Fav colour!

Bak kata orang, work as a team. So, my mom boleh dikatakan sangat mahir dalam hal ini kerana pengalaman beliau menguruskan majlis perkahwinan Abang sulung pada tahun lepas. Jadi, tahun ini should be better than tahun lepas. Shubarashi! (syabas!)

Agenda Majlis
Dalam menguruskan agenda majlis di rumah lelaki (Majlis Kesyukuran menyambut pengantin perempuan) banyak aspek telah diteliti terutama dari segi kehadiran tetamu VIP, kawan-kawan dan pihak keluarga perempuan dianggap sangat penting atau orang yang dirai. Jumlah tetamu yang hadir perlu diselaraskan dengan jamuan makan yang disediakan. Jangan tak cukup lauk sudah.

Sempena bulan Maulidur Rasul, solat hajat dan selawat juga diadakan dengan dihadiri seramai 25 orang jemaah selepas solat Zohor.

Ilham untuk mengadakan upacara silat tradisi melayu beserta gendang serunai silat telah berjaya disempurnakan dengan baik. Semua di import khas dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Ini adalah simbolik raja sehari serta menampakkan ciri perkahwinan Melayu.

Disamping itu, kemudahan audio system juga disediakan bagi tujuan memeriahkan lagi suasana raja sehari. Taklah sunyi sepi. Pagi itu sempat juga belasah karaoke 3 buah lagu.

Acara kemuncak berlangsung jam 3.30 petang sehingga jam 5.30 petang. Tapi waktu ni sememangnya tersangat busy dengan dua agenda serentak iaitu menyambut tetamu dan stick dengan program asal Majlis. Sori guys! Kalau ada yang terasa hati kerana tak sempat nak melayan korang!

Team Pasukan Khas kelolaan adik bongsu berjaya menguruskan segala hal berkaitan makanan dan minuman tetamu. Tahniah kepada mereka yang sedia membantu tanpa jemu. Kemeja T merah khas adalah uniform rasmi anda! 


Sesi photography juga tak ketinggalan. Kawan baik saudara Ayares telah diberi kepercayaan yang tinggi dalam menguruskan hal berkaitan photography. Hasilnya nanti sudah pasti amat mengkagumkan!

Walaupun huraian disini di nampak seperti sangat simple dan mudah tetapi pada hakikatnya, pengurusan sebuah Majlis Perkahwinan sangatlah rumit dan teliti. Syukur Alhamdulilah, semua berakhir dengan baik. 

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang hadir memeriahkan Majlis. Kehadiran anda memberikan seribu makna buat kami berdua. Doa kan lah kebahagiaan kami sehingga ke anak cucu. Wasalam.

 my wivo with my wife! - We are family!

Rumahtangga & Keluarga EP : AKHIR

Kebimbangan adalah lebih bertumpu kepada peraturan komunikasi antara bakal suami dan isteri. Jangan lupa menumpukan perhatian kepada mempelajari kaedah memahami nature lelaki dan perempuan. Dan pastinya anda semua sudah tahu. 

Adalah baiknya pasangan yang mahu berumahtangga membaca dan mempraktikkan isi kandungan buku Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray. Kandungannya ada menyentuh kaedah berfikir dan berkomunikasi antara suami dan isteri.

Percayalah, sebahagian besar dari pergaduhan dan krisis rumahtangga, berpunca dari masalah komunikasi. Isteri yang kuat berleter, dan suami yang lebih suka membatukan diri, sudah cukup untuk membinasakan ikatan utuh yang dibina itu. 

Akhirnya, jangan lupa untuk berbincang secara baik apakah expectation masing-masing menjelang hari perkahwinan. Jangan pula tiba-tiba pengantin lelaki bersilat pulut kerana tidak berbincang dengan baik untuk persediaan diri.

Akhir kata Selamat Pengantin Baru kepada bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga. 

Shino said : Tamat sudah!

Rumahtangga & Keluarga EP : 06


Isu kewangan bertitik tolak dari isu sebelum ini, keperluan mengadakan perbincangan tentang peraturan-peraturan kewangan, wajar dibincangkan sesama bakal suami dan bakal isteri yang bakal mendirikan rumahtangga. 

Terutamanya beban di pihak lelaki yang terpaksa menyediakan belanja yang besar dalam urusan perkahwinan. 

Bincanglah dengan baik untuk berpakat dan mencari penyelesaian. Jika bakal suami mahu dibantu, berpakatlah secara baik dan jaga maruahnya dengan tidak mengaibkan ketidakmampuannya mencapai ketetapan yang diputuskan. 

Maka, dengan cara mengumpul atau meminjam perlu dilakukan dengan berhemah dan bijaksana.

Shino said : Bersambung...

Rumahtangga & Keluarga EP : 05

Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama dalam hubungan pertunangan, soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman tersebut tentang mengukur komitmen dalam beragama.

“Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan”

Mintalah fatwa dari hati di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT. 

Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.

Telefon, email atau SMS  tanya khabar. Cuma bersederhanalah. Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja. Macam drifting, jangan masuk semak dahla.

Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah dan kemaskan sistem kawalan diri. Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah. 

Pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, mesti berusaha melengkapkan dirinya tentang pengetahuan berkaitan hukum hakam yang sebelum ini mungkin kurang diberi perhatian. Khususnya bagi calon suami, anda bakal menjadi pengemudi rumahtangga nanti. 

Hukum hakam tentang munakahat, jangan diabaikan. Bermula dari hal-hal yang berkaitan dengan akad nikah dan cerai fasakh, pengetahuan harus dikemaskinikan hingga kepada yang membabitkan lafaz ta’liq yang wujud dalam sistem akad nikah Malaysia, tetapi tidak di tempat lain. 

Selain itu, hukum hakam berkaitan orang perempuan juga perlu ditambah. Isu tentang haid, kitarannya, beza warna darah haid dan saki baki kotoran di akhir kitaran (stain) serta implikasi hukumnya, perlu diambil tahu oleh bakal suami. 

Malah baik juga ditambah pengetahuan tentang perkara yang sedikit advance seperti hukum hakam tentang kehamilan. Hukum ke atas seorang perempuan andai berlaku keguguran di awal tempoh mengandung dan selepas tempoh mengandung, beza antara nifas dan istihadhah dalam soal ini, adalah di antara isu-isu perlu diberi perhatian. 

Di samping semua itu, soal yang paling penting adalah urusan berkaitan menyusun kelahiran. Apakah ia dibenarkan oleh Islam, di mana keperluannya, apa beza antara sistematika kelahiran dengan menghadkan jumlah anak. Hal ini jangan dibincang sebagai bahan akademik, sebaliknya kalian harus mengambilnya sebagai subjek praktikal kehidupan berumahtangga. Bukan lagi untuk lulus periksa.

Shino said : Bersambung...

Rumahtangga & Keluarga EP : 04

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz? Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu? 

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang "tahu" agama, "mahu" beragama dan "mampu" dalam beragama. Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah "baca" sebagai wasilah menggarap pengetahuan. 

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini? Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “Pengetahuan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama? “Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal "mahu" yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan "mampu" dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang "mahu" dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju "mampu".
 
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. 
Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable“. 

Tetapi cukupkah dengan hanya beragama? Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna. Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar. 

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama. 

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh atas nama berkahwin kerana beragama?

Shino said : Bersambung...

Rumahtangga & Keluarga EP : 03

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya”

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga. Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks tepat dan jelas.

Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa tujuan berumahtangga? “Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya. Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun. Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan jemu.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia? Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.
 
Shino said : Bersambung...

Rumahtangga & Keluarga EP : 02

Di peringkat pra perkahwinan ini juga, kita harus beringat terhadap kesan tindak tanduk untuk jangka masa yang panjang. Ketika mahu ber’couple’, keluar tengok wayang bersama, merosakkan anak dara dan teruna orang lain fikirkan dengan sense of begin with the end in mind

Hidup hanya sementara. Namun kesan amalan kekal selamanya. Sama ada ia menjadi kebaikan yang memberikan kesejahteraan yang berkekalan pada kehidupan di alam Sana, atau dosa yang menempa bencana dan seksa di neraka Allah yang Murka. Fikirkan dosa dan pahala. Fikirkan Syurga dan Neraka. Bahawa setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit pasangan yang kamu ghairahkan itu ada api yang akan merentungkannya. Rentung yang tidak mati, tetapi rentung yang mengekalkan derita dan seksa. 

Sebelum kamu sentuh seorang perempuan yang kamu angkat sebagai bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah yang menghalalkannya, fikirkan kembali sakitnya ibu perempuan itu mengeluarkannya dari perut bersabung nyawa. Sanggup merisikokan mati, demi melahirkan seorang anak perempuan yang suci bagai kain putih, dan hari ini kamu yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya itu, mahu mencemarkan perempuan itu?!

Tergamak kamu? Teruskan jika kalian cukup macho untuk membuktikan diri kalian memang tidak pernah peduli pada perasaan ibu bapa yang membawa kalian datang ke kehidupan ini. Pada kesakitan dan derita mereka, pada usaha mereka memilih pakaian, makan, ubat, rumah dan pelajaran yang terbaik selama ini kerana nafsu kalian adalah satu-satunya yang terpenting di tika dan saat ini. 

Ya, jika buayafriend dan gelifriend itu sudah berjaya membuktikan bahawa mereka saling tidak takut kepada Allah, terimalah neraka dunia sebelum Neraka Akhirat. 

Allah akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era pra perkahwinan, dengan hukuman perasaan. Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumahtangga

“Jika dengan aku dulu dia tergamak berzina dan berbuat dosa, apa yang menghalangnya untuk berzina dengan orang lain”, syak seorang isteri, bekas pelaku dosa, ketika suaminya so-called out station. 

“Jika dengan aku dulu dia selamba badak pegang sana pegang sini, apa yang boleh menjamin dia menjaga rumahku dan maruah dirinya dari lelaki lain?”, syak seorang suami, bekas pelaku dosa, ketika jauh di tempat kerja meninggalkan isteri di rumah sana.

Tanpa rasa percaya dan hidup dalam prasangka, ‘nikmatilah’ sebuah derita yang tidak berkesudahan kesan masing-masing sudah berjaya membuktikan bahawa mereka berdua memang tidak gentar dan tidak pernah peduli dengan Allah dan amaran-Nya suatu ketika dahulu. 

Fikirkan don’t begin if that is the end in your mind! Belajarlah bersusah payah mengekang nafsu kerana susah payah itulah bekal bahagia. Bukti yang terpisahnya suami dari seorang isteri lantaran kerja, tidak menimbulkan prasangka apa-apa kerana kedua-duanya saling mengikat diri kepada Allah, Tuhan yang disembah di tempat kerja, dan yang disembah di kediaman sana. Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah…!

Belajarlah semasa ini, untuk saling membuktikan yang kita memang peduli kepada Allah yang Maha Kuasa, kerana hanya dengan Allah sahaja kita mampu untuk terus saling percaya mempercayai. Dia rujukan kita. Kita tidak membelakangkan Dia. 

Amat tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang ada di mindanya tentang makna perkahwinan. Tidakkah dia sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas berkahwin adalah jauh lebih besar dan sulit dari sekadar cabaran menolak zina?
Shino said : bersambung..

Rumahtangga & Keluarga EP : 01

Hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu. Perasaan jemu itu mungkin muncul di tahun ketiga perhubungan, mungkin juga di tahun keempat, malah kelima pun biasa. 

Jika perasaan ini muncul di dalam sebuah perhubungan yang telah diikat atas nama sebuah perkahwinan, maka suami dan isteri akan belajar melayarkan bahtera rumahtangganya buat seketika, dengan kesedaran terhadap tanggungjawab tatkala perasaan cinta itu pudar seketika. Ia adalah kesan biasa daripada sebuah perhubungan dan selepas ujian ini berjaya dilepasi oleh seorang suami dan isteri, maka Insya Allah cinta yang mekar kembali itu akan menjadi cinta yang kekal kukuh hingga ke akhir usia. 

Tetapi jika proses itu berlaku lantaran cinta panjang lebar dari zaman cinta monyet hingga monyet menjadi gorila, maka tidak mustahil untuk kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini! Banyak alasan yang boleh diguna pakai. 

“Saya mahu mendekatkan diri kepada Allah”
“Saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini”
“Saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi”
 


Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab sebenarnya ialah “saya sudah jemu dengan awak!”. Itu sahaja! 

Maka jika ibu bapa sudah memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang perbincangan hingga tergenggam ijazah di dalam tangan, maka hindarkanlah dari perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta di alam matrikulasi, atau tahun pra klinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari risiko yang amat membebankan.

Shino said :  Bersambung...

Outdoor Waterfall Photography

Program : Outdoor Landscape Photograhy
Tarikh : 5hb Mac 2010
Lokasi : Air Terjun Lata Tembakah, Besut Terengganu.

Program hari minggu ini diisi dengan aktiviti Outdoor Photography. Lokasi ialah Lata Tembakah, Besut, Terengganu. Salah satu kawasan perkelahan di kaki Gunung Tebu. Bertolak jam 3.30 petang dari Kota Bharu, perjalanan tiba jam 4.30 petang. 

Seperti biasa kawasan tersebut sering dikunjungi oleh pelancong tempatan dan juga dari luar untuk beriadah dan bermesra dengan keluarga pada cuti hujung minggu. Ok, seperti biasa, sebelum proses landscape photography dilaksanakan, preparation kepada gadget yang patut dibawa adalah tripod dan yang paling penting bateri camera mestilah di cas dan memory card perlu diformat.


Kawasan perkelahan ini dipilih sebagai lokasi seterusnya kerana belum memiliki koleksi gambar air terjun. Tambahan sebagai latihan bagi penggunaan shuttle speed yang rendah pada setting camera. Assignment kali ini ialah snap gambar High Density Range dan juga dreaming effect of waterfall. Hasilnya? Anda sendiri yang menilai.
 
 ISO 200
 
High Density Range

Shino said : Nak mandi tapi lupa bawa pakaian lebih.. hu

Pulut Pauh

Seorang kawan mengidam untuk makan "Pulut Pauh" atau Pulut Mangga pada suatu hari. Bukan mengidam atau sebaliknya tetapi rasa ingin bertukar selera dari makan nasi putih pada waktu tengahari.

Maka, bertolaklah kami ke sebuah kedai terletak dalam Kota Bharu. Plus aku pun teringin nak makan sup di situ.

Menu kali ini belum kami ketahui dari mana asalnya. Maka, oleh kerana ingin membijakkan diri, kami simpulkan bahawa makanan ini berasal dari Negara Thai. Oleh kerana justifikasi orang siam memang makan pulut sebagai makanan ruji mereka.

Tak kisahlah ape pun, yang pasti makanan itu halal dan disediakan dengan cara bersih serta sedap pula dimakan. Cakap bab makan, memang selalu aku ada sahaja selera. Tak pernah hilang selera, mahupun ingin berdiet. Kalau nak makan, order sahaja! (Jane plak tak suka makan banyak..huhu)
 
Sesiapa yang tolak nikmat untuk makan, memang sangat tak berbaloi, bak kata orang, time boleh makan, makanlah sepuas hati.

Shino said : Teringin plak nak makan lagi
pic by N82
Related Posts with Thumbnails