Welcome to EncikShino.com

"Truly delicious food will change the life of the one who eats it"

Ikuti Bacaan ini..

Program Isi Masa


Dari semalaman lagi aktiviti outdoor photoshoot bermula bersama saudara CK, juga seorang photographer peribadi. Lokasi? Kami telah menuju ke sebuah tempat peranginan di daerah Besut. Pendakian bermula pada jam 5.30 petang bersama dua saudara lain yang merupakan penunjuk arah pendakian.

Walaupun pendakian amat memenatkan tetapi hasilnya adalah amat berbaloi-baloi. Indah dan nyaman sekali udara dipuncak. Rasa tenang disamping menikmati keindahan alam yang belum diceroboh oleh manusia durjana. Maka, sesi photoshoot pun bermula.


 CK dengan gaya tersendiri.
 Laluan pendakian dan pemandangan yang tenang.
Senja dipuncak.
Pandangan Pulau Rhu dari puncak.
Pada Jumaat petang. Aktiviti memakan kenduri selesai bersama Jane apabila kawan sepejabat Jane telah mengadakan Majlis Kenduri Perkahwinan mereka. Tahniah buat pasangan Anis dan Fairuz kerana berjaya melangkah ke alam perkahwinan. 

Sedang asyik melepak bersama Jane, jadual bagi sesi seterusnya disusun dalam kepala dan seorang kawan, telah mengajak untuk mengadakan potraiture photoshoot pada petang hari tersebut. 

Memandangkan sudah ketandusan model untuk dijadikan subjek bagi aktiviti pada petang itu, saudara Ray telah dijemput khas untuk menjadi subjek bagi sesi photography tersebut. Oleh kerana sifat sporting Ray, maka aktiviti tersebut dapat berjalan lancar. Terima kasih daun keladi.






Sesi Ray menjadi model bagi BG sawah padi diteruskan juga. Pepun Ray, LU DAH KENA BEB! Sori, sebab terpaksa pakai kain batik. Kononnya nak suruh nampak ayu gitu hahaha!


 Tapi takpe beb.. Ray tetap steady! Lihat Aksi beliau!
  Agak-agak gugur tak jantung bila tengok gambar ni?
 Rokok ditukar kepada pucuk rumput bagi menyokong usaha berhenti merokok!
 
Shino said : Credit untuk Ray!!

Libur CNY


 

Kelu. Blur dan hilang idea. Adakah kerana terbanyak fikirkan sesuatu? Apa yang berlaku sekarang ialah tahap kemalasan sangat ketara. Hari ini rasa seperti hari yang kosong. Jiwa pun rasa tak tenteram.

Nak demam ke? Tak kot. Badan pulak rasa berat semacam. Dah lima (5) hari tak bersukan. Ergghh! sakit pulak pinggang aku. Nampaknya sesi rawatan kedua perlu dibuat dengan segera.

Cuti dua (2) hari dimanfaatkan untuk melawat tapak projek yang akan berjalan tidak lama lagi. Hasilnya adalah selepas 3 bulan. Tak banyak pun tapi insyallah boleh lah RM300 - RM400 sebulan. At least lepas juga untuk buat belanja makan. Rasanya perlu kajian lebih berkenaan lokasi dan kos operasi yang akan mendatang.

Selain itu, masa cuti CNY, sempat juga berhobi. Bermanja dengan camera kesayangan. Semasa perjalanan ke Kota Bharu, beberapa capture telah sempat aku ambil. Cuaca pun sangat ok pada masa sekarang. Maklumla tanpa cahaya, tiada maknanya photography.


Bagi diri sendiri, mengambil gambar mempunyai kepuasan sendiri yang tak dapat digambarkan setelah mendapat hasilnya.

Shino said : Cari ketenangan.
*credit untuk model abe Ray. Good pose bro!

Jelapang Makanan

Program kali ini ialah melawat kawasan pengusaha akuakultur yang mana kegiatan industri akuakultur tidak kurang hebatnya di Negeri Kelantan.

Apa yang pasti, permintaan bagi ikan air tawar sangat tinggi di negeri ini dan sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri dalam misi menjadikan negeri Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara.


Ternakan ikan keli dalam kolam tanah

Disimpan ke dalam tangki pengeraman sebelum dijual. Ia bertujuan menghilangkan bau lumpur pada ikan.

Oleh kerana permintaan yang tinggi pada ikan air tawar, perusahaan akuakultur pasti memberikan pendapatan lumayan kepada penternak dan petani. Tiada disangka, permintaan bagi ikan makan turut mendapat pasaran di luar negeri dan juga Thailand. Tempoh ternakan bagi ikan keli sehingga mencapai tahap jualan adalah selama 3 bulan dan bergantung kepada pemakanan dan kualiti anak benih yang diusahakan. 

Selain itu, ternakan "pengemukkan" tiram juga turut menjadi pilihan kepada pengusaha tiram persendirian di kawasan ini yang mendapat purata pendapatan sebanyak RM3,000 - RM4,000 sebulan dengan tiada kos penyelenggaraan yang teruk pada masa ternakan selama 4 bulan. Pasaran bagi tiram ialah ia mendapat permintaan yang tinggi di hotel-hotel terkemuka.

Sangkar ternakan tiram secara rakit.

Bakul digunakan sebagai sangkar untuk ternakan tiram.

Bagaimana kah rasanya memakan tiram mentah bersama perahan limau nipis?Tiram yang siap dikopek dimakan bersama perahan air limau memberikan rasa yang agak berlemak. Tapi awas! Tiram mempunyai nilai kolestrol yang tinggi serta mengandungi logam berat.


Resepi tiram yang dimakan mentah.

Jika dikira dari segi keuntungan, nilai perolehan benih tiram bersaiz 1 inch adalah RM0.10 dan apabila dipelihara selama 4 bulan, ia mencapai saiz pasaran mengikut gred sehingga RM1.00 seketul. Mari kita kira;

Jumlah Benih Ternakan = 10,000 ketul
Kos 1 Benih Tiram Bersaiz 1 inch = RM0.10
Harga Selepas Proses "pengemukkan" = RM 1.00 seketul selepas 4 bulan
Purata Keuntungan Kasar = RM0.90 x 10,000 ketul tiram = RM9,000


*Tiada kos pembelian makanan !! Kerana tiram memperolehi makanan secara semulajadi.

Penternakan ikan hiasan turut mendapat perhatian kepada pengusaha akuakultur di negeri ini yang mana pasaran bagi ikan hiasan sangat meluas di dalam negera dan luar negara disamping menjadi buruan peminat ikan hiasan tempatan. Maka, tidak hairanlah seekor ikan Kelisa Emas boleh dijual dengan harga sekitar RM38,000 seekor!!!

Kolam ternakan ikan hiasan.

Ikan hiasan atau ikan akuarium.

Walaupun ternakan ikan hiasan di Kelantan tidaklah sehebat ternakan ikan hiasan di Negeri Johor dan Perak, tetapi perkembangan industri ini pasti akan berkembang hari demi hari dan memberikan peluang pekerjaan kepada mahasiswa dalam bidang perikanan serta lepasan pengajian tinggi awam yang lain. 

Tetapi kegiatan memelihara dan menjual spesis ikan Bawal Merah (Colosomma/Piaractus) atau dipanggil ikan Pacu adalah salah di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 40 (1) dan (2) kerana memelihara, mengedar ikan terlarang.

Ikan Bawal Merah (Colosomma/Piaractus) atau 
dipanggil ikan Pacu adalah spesis ikan terlarang.

Sangat menarik sebenarnya bidang pertanian ini, tetapi tanpa ilmu yang cukup, masa kan dapat kecapi kejayaan. Betul tak?

Shino said : Industri makanan adalah asas kepada pembangunan negara.

Doktor Kampung

Seliuhnya tak banyak cuma tiga (3) tempat sahaja pada badan iaitu jari tidak boleh dibengkokkan, pergelangan kaki tidak dapat diangkat ke atas dan tempurung lutut yang terkehel dan lari dari trek asal. Apa pun semua kes ini adalah kes terseliuh akibat permainan futsal. Kecederaan biasa yang dialami oleh pengemar atau kaki futsal.

Maka, berkunjunglah kami sebuah pondok buruk di tepi sungai milik seorang tukang urat yang berusia 105 tahun. Masa rawatan beliau sangat singkat, tiada urutan asas cuma yang membuat kami terpegun ialah jampi serapah dan ayat Al-Quran sambil menepuk kawasan tercedera seolah-olah memanggil kembali tulang dan urat kembali kepada keadaan asal. Hasilnya terus dapat dinikmati oleh pesakit sesudah rawatan itu selesai. Sangat ringkas dan padat!

Sempat juga bertanya;
Berapa lama kah masa Tok mempelajari ilmu ini?

Beliau menjawab ;
3 tahun untuk mempelajari asas urutan biasa...lama masanya..

Seorang kawan pernah juga berkongsi masalah isteri beliau yang mengandung anak pertama dan mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk. Untuk mengelakkan si Ibu mengambil ubat yang menjejaskan kandungan, penawar air tawar dari seorang dukun dapat menyembuhkan alahan tersebut tanpa sebarang kesan bahan kimia.

Selain itu juga, ada dukun kampung yang mampu membuat pembedahan ghaib dan merawat penyakit kancer dan sebagainya. Sejauh mana keberkesanan? Sukar untuk diceritakan dari segi fakta.

Pada pandangan saya, ilmu perubatan tradisional perlu juga diambil sebagai satu langkah ikhtiar bagi menyembuhkan sesuatu penyakit dan bukan hanya percaya bulat-bulat kepada asas sains dan teknologi semata-mata. Jadikan perubatan tradisional sebagai alternatif perubatan seharian kita.
 
Shino said : Ada unsur mistik dan kelebihan yang Tuhan bagi kepada mereka ini digelar Tok Dukun atau Bomoh

Cuci Mata

Kombinasi warna menghasilkan gambar yang cantik. Gambar juga memberikan banyak makna tersirat yang pasti memberikan perasaan yang berbeza kepada pemerhati. Apa yang pasti, sesuatu hasil kerja mempunyai seni tersendiri yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata.  Indahnya alam semulajadi. Itulah kehebatan Pencipta.  


Orang bertanya, apakah persamaan pelukis dengan jurugambar? Jawapannya ialah mereka telah menghasilkan seni yang tersendiri.

Shino said : cuci mata dengan melihat alam semulajadi menjadikan kita lebih bersyukur.

Proses Belajar

Time mula-mula belajar masak, mak cakap kalau goreng ayam takleh taruk ayam yang masih basah, nanti minyak tu akan terpercik ke muka.

Maka, dia suruh gunakan tudung periuk sebagai perisai. Tapi sebelum pakai benda tu, kena juga dua, tiga titik minyak panas. Terhenjut-henjut dibuatnya. Proses pembelajaran pertama menghasilkan ayam goreng separuh hangit kerana aku tak pernah tau macam mana rupanya ayam yang sudah masak digoreng di dalam kuali. Bukan salah aku oke! Akhirnya, telur ayam juga menjadi penganti ayam tadi.

Pembelajaran kedua ialah menggoreng ikan. Susah weh! Bila nak goreng ikan ni. Hasilnya ikan itu bertukar menjadi benda yang sudah tidak menyerupai ikan. Ia bergumpalan dan kepala ikan itu telahpun tercabut dan menghasilkan satu benda yang sangat tragis untuk dikongsi. 
 
Tapi itu dulu. At least proses pembelajaran itu sudah pasti menjadikan kita mahir dalam sesuatu benda yang kita buat.

Shino said : Renungkan..

Kasut Futsal

Ini boot kesayangan aku. Orang cakap, alah membeli menang memakai. Tapi betul. Sangat selesa pakai. Bagi 5 star untuk NIke T1.


Games futsal semalam memang hampes. Yang datang cuma enam (6) sahaja. Team lawan tak jadi datang sebab ada hal yang tak dapat dielak. Court pun dah tempah sejak petang semalam.

Lastly, kami main berenam. Tiga lawan tiga. Main tetap main sebab dah addict sangat dengan futsal. Minggu depan ada games lagi. Lawan LTN kot. Macam mana agaknya kekuatan team lawan. Haru juga. Sebab dengar cerita team mereka memang ramai star.

Dua minggu lepas lawan HUSM pun cam sebak juga. Team lawan memang hebat. Tapi puas main. Ada rakan pejabat cakap if minum air Redbull boleh rosakkan buah pinggang. Nekad tak mau minum lagi. Lagi baik minum air bio-aura. Hehe

Shino said : Mari men futsal!
Related Posts with Thumbnails