Welcome to EncikShino.com

"Truly delicious food will change the life of the one who eats it"

Ikuti Bacaan ini..

Pagar Dari Segala Ancaman

Pada zaman dahulu, kebanyakkan rumah@pondok kediaman sememangnya tiada pagar yang melindungi kawasan rumah mereka. Tetapi apa menjadi kehairanan ialah tiada berlaku pencerobohan dan kecurian yang berlaku serta ancaman kepada harta benda berharga di dalam rumah.

Mari kita selidik dengan lebih dalam apakah iktiar mereka pada zaman dahulu untuk melindungi harta benda mereka. Seseorang telah berkongsi cerita dengan saya dan didapati ada di antara masyarakat kita masih mengamalkan khidmat "memagar" kawasan rumah mereka dengan cara mistik ini.

Apa yang boleh dikongsikan di sini ialah seperti kisah berikut :

Kisah 1 :
Pada masa dahulu ada juga orang yang mengamalkan ilmu yang salah dan menggunakan khidmat Hantu Raya untuk menjaga kebun tanaman mereka. Makhluk tersebut dikatakan berupa seekor beruk yang besar dan badan diseluputi dengan bulu dan bertaring. Hantu raya disifatkan mempunyai susuk tubuh setinggi seperti tiang elektrik dan boleh menyerupai siapa sahaja, termasuk tuan punya kebun tersebut.

Yang pasti, pembela makhluk ini akan menemui azab ketika ingin menemui ajal. Biasanya orang yang membela makhluk ini susah untuk meninggal dunia sehinggakan makhluk tersebut dibuang daripada badan pembela. Pada masa itu, barulah mayat sebenar pemilik dapat dilihat dengan jelas. Ada kes yang sempat dikongsikan ialah mayat pembela yang baru meninggal dunia dilihat seakan sudah sebulan meninggal dunia. Amat dasyat sehingga tidak dapat diceritakan dengan mata kasar.

Kisah 2 :
Ada juga mereka menggunakan khidmat Ustad yang menggunakan ayat suci Al-Quran sebagai asas kepada usaha "memagar" kediaman mereka. Ayat-ayat tersebut dibaca ke dalam sebuah baldi besar yang diisi penuh dengan air. Setelah seharian memulakan proses tersebut. Air tersebut disiram dikeliling pagar rumah penghuni. Tiada garisan siraman yang putus semasa proses tersebut dijalankan.

Hasilnya, mereka yang berniat jahat yang memasuki kawasan rumah tersebut tidak berupaya melepaskan diri. Apabila mereka cuba melepaskan diri bersama barang yang curi, si pencuri tidak dapat menemui jalan keluar sehinggakan mereka menemui sebatang anak sungai yang entah dari mana wujudnya. Kemudian, akan cuba berenang dan akhirnya kelemasan di situ juga.

Apabila si penghuni bangun dari tidur, dia akan mendapati mereka yang berniat jahat itu masih berenang-renang di atas tanah (seperti seekor penyu) kepenatan dan tidak sedarkan diri.

Dimaklumkan juga, untuk memulihkan keadaan mereka yang berniat jahat, si penghuni perlu menepuk badan si pencuri tersebut dan menghidangkan nasi yang baru dimasak. Selepas si pencuri dijamu dengan nasi, barulah si pencuri tersebut akan sedarkan diri. Ini ialah kisah benar yang berlaku!

Selain itu juga, ada juga cara pemagaran menggunakan botol yang diisi dengan air @ pasir dan ditanam di bucu kawasan rumah.

Apa yang pasti, segala yang berlaku adalah kehendak Allah s.w.t. Namun, pada masa serba moden ini, cara pemagaran ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat kita sejak turun temurun.

Shino said : Pagar remote dan CCTV tak berhasil kah?

Pelaris

Perkara spiritual memang susah kita nak tahu dari segi kesahihannya. Tetapi, iktiar adalah perkara yang boleh kita cuba. Mana tahu, dengan izin Allah s.w.t perkara tersebut benar-benar berlaku. Kalau nak ulas pasal percaya atau tak percaya itu terpulanglah pada individu. Tapi jangan pula sampai kita tergelincir atau melakukan perkara syirik yang dilarang. Yang pasti, kita harus percaya bahawa wujudnya makhluk halus dalam dunia yang nyata ini.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang terjadi yang mungkin memberi sedikit maklumat berkenaan "pelaris".



Kisah 1 :
Seorang pernah menerangkan bahawa perlu menyimpan wang kertas yang bersiri nombor ganjil di semua angka dan menyimpannya ke dalam dompet. Ini juga dikatakan sebagai pelaris untuk rezeki.

Kisah 2 :
Seorang nenek yang menjual goreng pisang mengamalkan pelaris dengan cara mengikat duit kertas RM5 dengan seutas getah dan diletakkan ke dalam tabung duit perniagaannya.

Kisah 3 :
Ada juga yang mengamalkan solat hajat beramai-ramai pada premis yang baru dibuka dan menggunakan Air Zam-zam sebagai pelaris kedai mereka. Air tersebut di siram di sekeliling premis perniagaan dengan harapan supaya perniagaannya maju.

Kisah 4 :
Ada seorang lelaki telah mengambil pelaris bagi tujuan memajukan perniagaan. Dia menggunakan khidmat Tok Sami yang mana menggunakan abu mayat manusia sebagai pelaris perniagaannya.

Hasilnya perniagaan bertambah maju dari hari ke hari. Tapi, ada juga pantang larangnya. Menurut Tok Sami, beliau dilarang pergi ke tempat orang meninggal.

Pada suatu hari yang tak disangka, berlaku kemalangan di depan kedai beliau dan mangsa kemalangan cedera parah dan mati ditempat kejadian. Beliau tanpa menyedari telah berada di tempat kejadian untuk memberi pertolongan. Maka, selepas peristiwa kedai beliau kurang dikunjungi dan akhirnya beliau terpaksa menutup perniagaannya.
 
 Kisah 5 :
Ada juga yang percaya bahawa batu "Mani Gajah" dan batu "Kecubung" yang dibuat cincin mempunyai khasiat yang boleh mencerahkan wajah  muka pemakai. Selain itu, "buluh perindu" juga bersifat ke arah pelaris kepada pemakai.
 
Bila bercerita dengan seorang dukun yang berumur lebih setengah abad, kisah buluh perindu ini memang wujud. Dan di suatu bukit (Hanya diketahui oleh mereka yang mengamalkan suatu ilmu) memang ada pokok buluh perindu. 
 
Nak bagitau bahawa hebatnya suara buluh perindu ini, ada satu cerita yang mana banyak binatang hutan yang melalui kawasan pokok buluh perindu akan menunggu dan mendengar suara buluh perindu sehingga binatang itu mati akibat tidak mahu makan kerana asyik mendengar suara buluh perindu.
 
Diceritakan juga buluh perindu digunakan oleh Tan Sri P.Ramlee yang mana suara beliau kekal lunak sehingga sekarang. Maknanya hebat sebenarnya khasiat buluh perindu ini.

Oklah setakat ini sahaja penerangan berkenaan pelaris, yang lain-lain terpulanglah pada anda untuk menilai.

Shino said : Pelaris wajah? Macam menarik je! hehe


Santai



Di suatu malam yang santai, disaksikan oleh sang bulan mengambang, maka melepaklah diri ini diluar rumah sambil berborak bersama beberapa orang jiran sambil mengambil angin malam. Maklumlah musim kemarau ni, bahang dalam rumah sangat terasa. Elok juga bersantai-santai sambil minum kopi di depan rumah. Maka sesi mengisi perbualan bermula dengan seorang kawan yang berumur 40-an.

Dia bertanya;
"Kalaulah seekor kura-kura sedang memanjat pohon kelapa, apa akan terjadi?"

Sahabat menjawab dengan yakin;
"Kalau kura-kura memanjat pohon kelapa sudah pasti ekornya akan nampak terjulur keluar..."

"Salah.. Nak tahu apa jawapannya?" Bertanya lagi.

"Kalau seekor kura-kura sedang memanjat pohon kelapa, sudah pasti ia nampak pelik sebab tak pernah lagi tengok kura-kura panjat pohon kelapa"

(ternganga! dan gelak besar!)

Dia bertanya lagi;

"Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang tak boleh dimakan?"

Sahabat menjawab;
"Errr.. nasi basi?!"

"Salah.. Nak tahu apa jawapannya?" Bertanya lagi.

"Nasi yang dah abis lah takleh dimakan sebab dah abis"


(OOOoooo beramai-ramai.  Sengal!)

Shino said : isk isk..

Mari Mencari Benda Tersirat

Sebenarnya dalam hidup kita sudah tertulis jodoh kita, cuma kita kena sabar dan melalui dengan tenang. Insyallah bila sampai masa ia akan datang jua. Tetapi tidak bermakna kita tidak perlu berusaha. Sedangkan jika mahu makan nasi pun kena berusaha. (masak, beli dan suap ke mulut). Oleh itu, usaha sangat penting. Segala benda dalam dunia, kalau tak berusaha tak akan jadi. Percayalah!



Kalau tak berusaha, confirm tak jadi. Kalau berusaha, manatau kot-kot jadi?! Manalah kita tahu bukan? Apa yang penting, untuk mencari pasangan dalam hidup perlukan sedikit usaha. Perlu dipupuk dan ditanamkan perasaan itu dengan niat yang betul. Niat untuk mendapat pasangan yang solehah, soleh dan bertanggungjawab kepada kita serta dapat menjaga kita ketika kita sakit atau ditimpa musibah.

Jadi, macam mana kita nak pupuk perasaan itu? Perasaan itu boleh dipupuk dengan banyak cara;

a) Kerap keluar bersama dan berkongsi cerita hal semasa dan kisah lampau.
Cara ini senang sahaja. secara automatik bila sudah kerap berjumpa dan bersama pasti ada kenangan dan memupuk hubungan lebih rapat. Bab kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta. Amalkan selalu dengan prospek anda.

b) Keluar bersama dan melakukan aktiviti bersama melebihi tempoh 5 jam  dalam satu hari (menonton wayang tidak dikira).
Cara ini ialah untuk melihat perjalanan hubungan itu, pada masa lebih 3 jam bersama, mungkin banyak benda anda akan tahu. Pertama sekali adakah dia kerap berSMS? (sudah berpunya kah? atau ramai kawan kah dia ini?)Kita dapat rasa, adakah kita seronok atau tidak bersama dengan dia. Cuba halusi dengan teliti dan anda akan dapat jawapan.

c) Kenalpasti menu makanan biasa yang dia makan.
Benda ini sebenarnya biasa, banyak orang ulas dalam buku dan majalah tapi key point dia senang sahaja. Bila kita tahu menu dia, sudah pasti dia akan tinggal kesan. Percayalah.

d) Kenalpasti perkara dan benda yang dia suka.
Benda ini pun banyak dah orang lain ulas. Tapi ini pun killer part jugak. Yang penting jangan nampak sangat obses. Nanti apa pulak dia akan fikir. Untuk lebih rapat, cuba tanya benda yang dia minat, dengan automatik dia akan bercerita dengan panjang lebar. Bila dia cerita, banyaklah kita dapat info pasal prospek kita tu. Killer part ni ramai yang tak perasan tapi memang berkesan. Apa yang penting dalam skill ini ialah kita tengah memupuk sifat keserasian itu. Percayalah!

(Ada banyak lagi, tapi kena mari mengadap lah hehehe)

Untuk melengkapkan semua task di atas, pertama sekali kita kena ready kan diri dulu. Lihat kekuatan diri kita. Macam mana caranya?? Kita kena belajar mengenal diri kita. Barulah kita belajar mengenal pasangan kita atau prospek kita. Caranya macam mana? Cuba tanya dalam diri kita;

Adakah kita ini tahan dengan perangai beliau?
Adakah kita rasa bahagia dengan beliau?
Berapa banyakkah kebahagiaan bila bersama dengan beliau berbanding dengan orang lain?
Apakah kelebihan beliau berbanding orang lain? 

Serasikah kita?

Sebenarnya ada 1000 ujian yang boleh kita cuba untuk kita kenalpasti prospek calon kita.  Kalau nak saya cerita semua rasanya tak muat nak karang. Satu contoh yang biasa ialah;

Anda berlakon anda kesuntukkan wang dan memerlukan bantuan segera. Gambarkan bahawa dalam ramai-ramai kawan yang anda kenal, seorang pun kawan anda tidak dapat membantu anda dan anda merayu pada pasangan anda. Sebagai contoh paling simple;

"Awak, saya kesuntukan duit ni, saya perlukan cash sebanyak RM300.00. Saya berjanji saya akan bayar kemudian..."

Kemudian, kita lihat reaksi dia. Adakah beliau sanggup meminjamkan duit tersebut? Disitu boleh kita lihat cara dia cuba menyelesaikan masalah kita. Pemerhatian adalah kepada tahap kesungguhan dia membantu dan kejujuran serta keikhlasan semasa menyelesaikan masalah tersebut. Itu sebenarnya ujian tahap satu dalam hubungan.

Shino said : Kepada sahabat-sahabat dikasihi sekalian, diharap benda ini dapat membantu anda..

Dugaan Ke Arah Bahagia

Dari sudut pergaulan dengan rakan karib, lelaki pasti akan berbangga dengan kelebihan yang dimiliki oleh pasangannya. Contohnya memiliki pasangan yang berkaliber dari segi kerjaya dan juga pandai bergaya. Mereka ini akan membandingkan pasangannya dengan perempuan yang dikenali disekeliling mereka. Ini adalah naluri biasa manusia tidak terkecuali juga pada kaum perempuan.


Hubungan lelaki dan perempuan sangat berbeza mengikut peringkat hubungan mereka. Bermula dengan hanya berpandang-pandangan tanpa mengetahui asal usul dan berakhir dengan perkahwinan. 

Dalam peringkat hubungan ini, pasangan yang telah mula bercinta antara satu sama lain dinamakan pasangan kekasih. Kemudian, setelah mencapai tahap stabil dalam hubungan kekasih mereka beralih pula kepada hubungan lebih intim iaitu hubungan pertunangan iaitu hubungan pra-perkahwinan. Pada peringkat hubungan ini, sememangnya banyak dugaan yang Allah s.w.t akan uji kita. Antara yang biasa dikongsikan ialah; 

a) Kekasih lama datang kembali merayu cinta lama. 
b) Tiba-tiba "saham" naik melonjak dan menyebabkan kita akan didatangi dengan gadis-gadis cantik atau lelaki-lelaki yang hensem dan tampan.
c) Tunangan kita membuat perangai yang kadangkala membuat kita merasa menyesal jika  bersama si dia. 
 d) Tiba-tiba diri rasa seperti belum puas untuk membujang dan dirasakan terlalu awal untuk mengharungi alam perkahwinan. 
e) Ada dorongan orang ketiga (luar) yang cuba "cucuk jarum" atau "masuk line".

Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsi kepada pembaca. Sebenarnya, dalam waktu menghitung hari menuju ke puncak kejayaan hubungan ini amat susah. Tidak dinafikan bahawa semua orang yang telah berkahwin rata-rata dalam dunia mengalami masalah sebegini. Hanya satu sahaja jalan iaitu kita kena berilmu, dan lakukan tindak tanduk yang paling tepat supaya tidak tergelincir. Yang selebihnya kita berdoa pada Allah s.w.t supaya di tetapkan hati dan dipanjangkan jodoh sehingga akhir hayat. 

Sebab itulah, orang cakap perkahwinan adalah puncak kejayaan sebuah hubungan. Ini kerana untuk mencapai tahap tu sememangnya susah. Oleh sebab itulah, perkahwinan adalah hari paling gembira dalam hidup setiap pasangan kerana ia akan menjadi kenangan sampai bila-bila. 

Shino said : Bahagiakah Anda?







O.K kan Pada Semua

Kadangkala apabila timbul masalah kita perlukan teman yang boleh dipercayai untuk mendengar luahan kita. Ramai yang boleh menjadi pendengar yang baik. Tetapi alangkah baiknya jikalau si pengadu itu bercakap sahaja dengan pokok kerana pokok adalah pendengar yang baik. Kerana "benda" hanya mendengar tak tidak akan memberi respon apa-apa. Sangat seronok bukan bila meluahkan perasaan kepada seseorang yang hanya menjadi pendengar semata-mata.

Kenapa aku berpandangan begitu? Kerana bukan semua orang akan faham situasi pengadu. dan si pendengar pula tidak memahami apa yang diperlukan oleh si pengadu. Pada pandangan yang daif ini, adalah lebih baik anda bercakap dengan ibubapa sendiri kerana mereka adalah orang yang paling memahami anda malah dapat juga memberi nasihat yang berguna.

Dalam membuat penilaian terhadap individu, banyak benda kita kena kaji, teliti dan antaranya benda yang paling asas iaitu;

a) "Rata-rata individu dalam dunia tidak akan sama dengan kita"

b) "Kalau aku cakap A... tak semestinya dia akan cakap A...maybe A plus, B atau sebaliknya. Itu benda nombor satu yang perlu kita tahu"

Bagaimana pula dengan respon yang baik? Ada beberapa benda yang perlu diteliti dari segi respon. Ada yang memberi respon positif oleh kerana mereka berkepentingan. Maksudnya di sini ialah "mengia-kan" apa sahaja perkara yang bos anda lakukan dengan niat bos anda akan ok dengan anda dan dengan sebab itu cepatlah anda dinaikkan pangkat.

Perbuatan ini sebenarnya ada unsur bodek, pengampu dan sikap seorang yang tidak bertanggungjawab kepada seorang individu yang rapat dengan kita. Aku percaya bahawa semua manusia dalam dunia ini akan suka bila diperlakukan begitu tetapi dalam masa yang sama ia akan merosakkan.

Shino said : Dengar dan kritik!

Putus Hak

Semasa kecil sehingga kita dewasa ibubapa banyak memainkan peranan dalam mendidik kita dan secara tak langsung juga kita belajar daripada pengalaman semasa menjalani kehidupan seharian. Inilah sebenarnya proses pembelajaran yang berlaku secara tak langsung. Apa yang pasti pada peringkat ini tiada apa yang perlu difikirkan sangat kerana kebanyakkan hal diuruskan oleh ibubapa.


Bila sudah ada family sendiri, maka tanggungjawab tu adalah lebih besar dan belajar untuk menyelesaikan urusan peribadi dengan sendiri tanpa bantuan pihak lain adalah satu latih tubi yang memberikan kemahiran ke arah itu. Sifat akur dan cuba mengambil tanggungjawab akan menjadikan kita lebih matang dalam menguruskan hal seharian. Perkara yang mesti kita alami untuk mencapai tahap ini ialah kita haruslah tahan dengan segala dugaan. Ini mengasah sifat sabar dan menjadikan keputusan yang kita lakukan amat tepat. 

Bila sudah meningkat umur 25 tahun ke atas, rasanya tidak wajar untuk kita terus bergantung 100% kepada ibubapa kita lagi. Kita kena belajar berdikari, malah apabila telah memperolehi pekerjaan sendiri maka pada masa inilah kita akan membalas jasa ibubapa kita dan bukan terus menerus bergantung harap kepada ibubapa sampai ke tua. Kalaulah berlaku hal sebegitu, bolehlah anda dianggap sebagai seorang yang tidak pandai berdikari. 

Bak kata orang, "kalaulah ditinggalkan di hutan seorang diri, maka sudah lama anda menjadi habuan binatang buas yang menghuni hutan tersebut!" 

Sebenarnya, pada peringkat ini, kita sudah boleh membuat keputusan sendiri dan bukan mengambil keputusan orang lain sebagai keputusan sendiri. Cuma pandangan orang sekeliling boleh juga diambil sebagai maklumat untuk kita membuat keputusan yang tepat.


Dalam mengharungi kehidupan selepas putus kuasa hak jagaan antara ibubapa kepada suami sendiri, banyak perkara yang harus kita telan dan terima serta bekerja untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jika dilihat daripada kes penceraian yang berlaku, kebanyakkan adalah disebabkan mereka tidak tahan dengan dugaan seperti yang disenaraikan dibawah. Macam mana keadaannya dan dapat atau tidak kita sabar jika perkara tersebut berlaku kepada kita?

a) Apabila berkunjung ke rumah mertua, semua adik beradik lain memakai pakaian baru yang mahal-mahal tapi kita sekeluarga hanya memakai baju Raya tahun lepas. Ini adalah kerana belum berkemampuan untuk membeli pakaian baru.

b) Apabila ada perjumpaan sanak-saudara di suatu keramaian yang dianjurkan oleh anggota keluarga. Kesemua saudara-mara datang dengan menaiki kenderaan mewah (BMW atau Mercedes atau seangkatan dengannya) tetapi kita sekeluarga hanya datang dengan kereta kancil yang penyaman udaranya telah pun rosak.

c) Dalam suatu situasi, dua keluarga sanak saudara menyinggah di kediaman kita dan seorang anak mereka yang berumur 7 tahun mula merengek kerana merasa sangat tidak selesa dengan keadaan kediaman anda ; 


"Abahhh boringglah rumah ni.. tandas dia pun kat luar..pastu takde paip hujan.. tab mandi pun takde!..Taknaklah datang sini lagii" 

Walaupun pada dasarnya mereka semua tidak pernah memencilkan anda, tetapi cuba anda bayangkan apa yang anda akan rasa jika berada pada situasi ini.



Shino said : Kalau cakap terima seadanya senang saja.. tapi...


Dua Ribu Sepuluh 10



Bila masuk akhir tahun, semua sudah merancang untuk ber-holiday. Dah memang trend, maklumlah, tahun baru maka bermulalah diari kehidupan yang baru. Pada permulaan tahun baru, segala perancangan pasti sudah mula dicorakkan supaya ia lebih baik dari tahun sebelumnya.

Sekarang sudah masuk tahun 2010. Bila tengok angka 2010, mulalah kita berfikir sejenak. Dan bersyukur kerana dipanjangkan umur dan dilimpahi rezeki yang mencurah-curah. 

Senario yang berlaku pada aku kadang kala membuatkan aku tak termampu untuk diselesaikan akibat terlalu banyak task yang kena aku laksanakan, tetapi dengan berkat kerja bersungguh-sungguh serta bantuan sahabat baik, Hamidi Husnin yang aku anggap seperti abang kandung sendiri banyak membantu. Terima kasih buat beliau.

Sebenarnya banyak benda yang dibelajar daripada beliau bermula pada perkenalan pertama sehingga sekarang dan cara beliau membuatkan diri rasa bersemangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan dalam mencari sesuap nasi. Semoga beliau dipermudahkan segala urusan dan dijauhi segala masalah.





Pada malam ambang tahun baru 2010, tidak ada sambutan dibuat, tiada bunga api, tiada konsert nyayian, tiada parti dan tiada street racing tapi ia hanya diisi dengan perlawanan Futsal persahabatan bersama sahabat-sahabat di Kota Bharu. At least, ada juga aktiviti pada malam tersebut. Juga sangat meriah sebenarnya. Apa yang pasti berakhir tahun 2009 sehingga bermula tahun 2010, makin bertambah pula kenalan baru. Network inilah yang memberikan kekuatan dalam hubungan dalam masyarakat. 

Azam baru? Lagi tanya pasal azam baru kah? Oh for me lah, tahun ini akan memberikan kegemilangan dan permulaan bagi pendakian ke alam baru yang lebih stabil. Insyallah. Semoga mimpi menjadi realiti dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan baik di dunia dan juga di akhirat. Aminnn.....


Shino said : Tahun 2010 ..

Sempadan Bau


Sangat geram dengan seekor kucing yang sesuka hati kencing di rim kereta. Habis bau tengit dan ada renjisan kuning-kuning sisa urea pada rim tersebut. Bila selesai menyimbah tempat tersebut dengan air, sejam  kemudian dibiarkan, kesan tersebut kembali lagi. Sah kucing tu punya kerja!

Berang melihat lagak kucing jantan tu yang lalu depan aku dengan muka selamba. Maka, satu penyepak mengenai buntut beliau! Dan, terhenjut-hejut dia lari dengan muka tak bersalahnya.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku kembali? 

Persoalan ini diajukan kepada pakar kucing, saudara Hamidi. (Rasanya dia ni bukan minat kucing tetapi ilmu ini diturunkan kepada beliau oleh orang lain gamaknya..hehe)

"Sebenarnya air kencing tersebut adalah penanda sempadan wilayah antara kucing-kucing lain...bla..bla..bla.." - Terang beliau. 

Maka, misi ini memerlukan sebotol bedak wangi. Bedak tersebut ditabur di hujung penjuru setiap kawasan parking kereta serta tempat beliau (kucing jantan jahat) melepaskan nafsu!

Hasil Gerak Kerja:
Sehingga kini tiada lagi kesan tinggal najis tersebut! Syabass!


Shino said : Ia memang berhasil...

Related Posts with Thumbnails