Welcome to EncikShino.com

"Truly delicious food will change the life of the one who eats it"

Ikuti Bacaan ini..

Cerita Tentang Kelahiran


Mak Limah adalah seorang perempuan yang berusia lima puluh tahun  pada suatu hari telah mengadu sakit dibahagian perut. Sakitnya diibaratkan seperti mahu melahirkan anak. Dengan usia yang sebegitu, amat jarang berlaku lebih-lebih lagi pada perempuan yang telah putus haid.

Pak Dor yang mendengar rintihan isteri beliau langsung tak hiraukan isterinya kerana mungkin ia merupakan sakit perut biasa yang dianggap tersalah makan atau sebagainya;

"Alah pergilah klinik, awak cek"

Mak Limah yang kesakitan tidak mahu ke klinik. Katanya penyakit ini datang sekejap sahaja. (cuba pendamkan sesuatu). Kemudian tiba-tiba rasa sakit tu semakin dirasa, dan satu cecair jernih tiba-tiba keluar dan diikuti dengan darah.

Kejadian tersebut adalah seperti seorang perempuan yang sudah bersedia untuk bersalin. Sebelum ini, jika dilihat pada perut Mak Limah sememangnya tiada tanda-tanda perempuan sedang mengandung. Itulah yang menjadikan Pak Dor tidak menjangkakan apa-apa. Malahan beliau tidak percaya langsung akan hal tersebut.

Cecair bercampur darah yang keluar itu diakhiri dengan tujuh biji telur yang keluar daripada badan Mak Limah dan telur tersebut akhirnya pecah dan keluarlah tujuh bayi lelaki sebesar satu tapak tangan.

Pada masa kejadian itu berlaku, hanya beliau dan anak-anak beliau sahaja yang melihat perkara tersebut. Sebenarnya perkara ini sudah biasa bagi Mak Limah yang berketurunan Puteri Saadong. Pada masa tersebut, Mak Limah dibidankan oleh makhluk halus.

Bayi tersebut dibawa pulang oleh bidan tersebut untuk dipelihara oleh nenek mereka (Puteri Saadong) yang tinggal di Bukit Marak. Pada setiap malam, bidan tersebut datang untuk disusukan oleh Mak Limah. Inilah yang berlaku 10 hari lepas. 


Selain itu juga, dimaklumkan bahawa anak kedua beliau adalah kembar sedangkan yang dilihat dengan mata kasar hanyalah kelahiran normal.

Budak tersebut dijaga bergilir-gilir oleh nenek mereka dan Mak Limah. Hanya Mak Limah sahaja yang tahu. Jika ditanya Mak Limah, apakah perbezaan antara mereka berdua? Jawabnya, yang tinggal dengan nenek beliau adalah yang paling nakal. Maka, jikalau dilihat budak itu yang bermain di depan rumah, boleh dilihat perbezaan perangai setiap minggu.

Pernah juga penulis bertanya;
"Adik pernah pergi umah nenek?"

Budak itu menjawab;
"Pernah! Umah dia besar macam istana, dibawah ada taman permainan, dan adik
selalu pergi main-main disitu masa tinggal umah nenek"


Sebenarnya, perkara ini sangat mistik untuk diperbincangkan oleh kerana tiada bukti jelas. Yang pasti kita harus percaya kewujudan makhluk tersebut.


Shino said : Mistik sungguh!

SMS Itu Buta


Semua mahu SMS. Sebab senang dan ringkas serta cepat untuk sebarkan sesuatu atau ingin berkongsi sesuatu dengan orang tersayang dan sebaliknya. Tapi harus juga diingat bahawa melalui SMS ini juga kita boleh mencipta kesusahan dan malang tak berbau jikalau tersalah hantar kepada mereka yang tidak berkenaan. Buruk padahnya dan silalah berhati-hati semasa anda cuba SMS.

Pertama, lihat sender. Adakah betul itu adalah target sebenar orang yang ingin di SMS? Kedua, sila jangan gopoh dan cuai kerana peristiwa berikut mungkin mengundang masalah BESAR. Mari kita berkongsi serba sedikit masalah yang perlu berlaku.

AMARAN:
Contoh tersebut tiada kaitan dengan penulis oke. Sila faham.

Peristiwa Pertama:
Seorang lelaki ingin keluar date dengan seorang teman wanita yang baru dikenali melalui internet. Maka, apabila berjumpa. Lelaki tersebut terkejut kerana wanita yang ditemuinya sangat hodoh dan tidak seperti yang digambarkan. Oleh itu, beliau mula menghantar SMS kepada rakan lain menyatakan rasa hampa dan sangat boring. Tetapi beliau telah tersalah hantar SMS tersebut kepada wanita yang baru dikenalinya itu yang hanya duduk semeja.

Peristiwa Kedua:

Seorang lelaki sangat bengang dengan bos beliau dan mengutuk bos nya didalam SMS yang akan dihantar kepada rakan pejabat lain dengan tujuan ingin berkongsi masalah bersama. Namun, SMS tersebut dihantar kepada bos beliau yang diperkatakan itu.

Peristiwa Ketiga:

Seorang lelaki yang telah berumahtangga dan pada suatu hari yang hening dan membosankan, beliau cuba menghilangkan boring dengan menghantar SMS kepada seorang gadis yang baru dikenali. Dengan ucapan sayang dan rindu. Maka SMS tersebut telah dihantar secara  tidak sengaja kepada isteri beliau.


Shino said : Sila fokus!

Tahniah Adik!


 (sumber : Keratan akhbar Sinar, 25hb Disember 2009) 

Entri khas ini ditujukan kepada adinda bongsu, Mohammad Firdaus b. Zakaria, 15 tahun yang telah mendapat cemerlang dengan keputusan 9A dalam PMR dan juga merupakan pelajar hafiz 30 juzuk Al-Quran serta imam jemputan di beberapa buah masjid di daerah Besut. Kejayaan ini jelas memberikan kebanggaan buat kami sekeluarga.


Apapun, dengan ucapan tahniah KHAS ini ditujukan buat beliau. Semoga terus berjaya di masa akan datang. Insyallah.


Shino said : Tahniah buat adik bongsu!

Menarik kah Aku? : Part.2

Ada satu kisah benar yang nak dikongsi:
Si suami berumur dalam lingkungan 40-an.  Berpenampilan kemas dari segi berpakaian dan ada gaya. Maka, kahwin lah dia dengan seorang guru sekolah. Mereka telahpun dikurniakan beberapa orang anak.


Dari segi pemakaian memang isteri memakai tudung labuh dan pakai berjubah. Tidak dinafikan memakai tudung labuh dan berjubah itu memang bagus. Apa yang berlaku setelah 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga dan suami dalam kehidupan seharian akhirnya berkenalan dengan seorang rakan perempuan pejabatnya, yang berumur 20-an. 

Dalam kes ini, lelaki tersebut sudah cuba mencorakkan isteri beliau untuk nampak menarik pada pandangan beliau. Tetapi bila sahaja benda tersebut diajukan, isteri sering berdolak-dalih dan akhirnya lelaki tersebut putus harap. 

Kalau yang jenis alim dan skema tu kurang sikit kesannya. Bolehlah dia sabar buat setahun dua lagi. But, if lelaki tersebut pada zaman mudanya ialah seorang Mat Romeo, maka apa lagi, mula lah dia mulakan langkah, maklumlah "landasan" dah ada. Tunggu nak "jalan" sahaja. 


Satu kes yang sempat dikongsikan:
Ada juga yang berlaku, suami sanggup berhabis wang ringgit semata-mata membeli pakaian untuk dipakai oleh isterinya. Lelaki ini sangat mahukan isteri beliau nampak lebih ghairah dan menarik pada pandangan beliau. Tetapi amat malang sekali if isteri still lagi tidak memahami kehendaknya itu.

Inilah yang berlaku. Ada pendapat mengatakan bahawa lelaki totally bukan milik perempuan tetapi perempuan totally milik lelaki. Rata-rata perempuan dalam dunia sangat benci dengan ayat ini. Kenapa? Kerana lelaki bila-bila masa boleh menambah pasangan hidup jika berkemampuan. Tambahan pula pada masa sekarang nisbah perempuan dengan lelaki adalah 1:16. Kemudian, ditambahkan lagi perempuan sekarang lebih suka lelaki yang lebih berumur dan matang.

Kalau boleh, nak elak juga terjadi begitu. Jadi dalam soal ni, benda-benda tersebut pasti akan dilalui di masa depan dan kalau tersilap langkah, buruk padahnya.

Satu pengakuan jujur oleh seorang hamba Allah:
Apabila berpakai tak menarik ni, lelaki pun malu nak bawa isteri  mereka keluar. Lebih-lebih lagi kalau ada acara yang dikunjungi oleh kawan-kawan beliau. Bukan apa? Sebab rasa sangat malu dengan perwatakan isteri mereka.

Shino said : Berkongsi isu..

Request Topic : Lelaki Dari Sudut Hubungan : Part 1


Life lelaki kebanyakkan sibuk. Sibuk dengan kerja dan kawan-kawan. Jadi dalam soal mencari masa untuk bersama sepatutnya perlulah difikirkan oleh pihak perempuan. Samada nak ajak keluar makan ke? Nak keluar dating or jalan-jalan. Itu yang terbaik. 

Lagipun, lelaki sangat tidak suka mengatur sesuatu program bersama. Mereka sering kekurangan idea dalam bab ini. Selalunya program ini disusun oleh pihak perempuan. Dan yang pasti lelaki akan ikut sahaja tanpa banyak soal. Kalau soal pun, semua tu eksen jek!

Walaupun sikap lelaki yang dinampak seperti acuh tak acuh dalam memberi respon terhadap sesuatu benda tetapi pada hakikatnya beliau sangat perihatin dan masuk kepala. Dia suka teman wanita dia ambil tahu pasal dia. At least dia nak teman wanita dia menghargai beliau. Anggaplah dia ini wujud. Lebih-lebih lagi if mereka yang sudah diikat talian pertunangan.

Ikatan tali pertunangan ini ibarat melangkah setapak ke depan mencapai tahap kestabilan dalam hubungan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam kontek hubungan ini, pihak perempuan sepatutnya mula cuba untuk mengikuti segala kehendak bakal suami beliau kerana pada peringkat ini lah ia akan menguji tahap keserasian yang sebenar. Kalaulah pada peringkat pertunangan ini sudah timbul perkara yang kurang senang, maka pihak lelaki beranggapan kalaulah beliau berkahwin dengan pasangan seperti itu, apabila kahwin nanti, semestinya akan timbul masalah. Jadi lebih baik jangan diteruskan. Kerana lelaki sememangnya sebegitu sebelum atau selepas. Sebab itulah diri mereka.

Bagi perempuan yang merasa diri mereka terkongkong oleh kemahuan bakal suami mereka. Dengan ikhlas dan jujur mereka dinasihatkan supaya berpisah. Itu lagi baik kerana sudah pasti perempuan itu tidak bersedia menerima dan menuruti kemahuan bakal suami mereka. Dengan erti lain ialah perempuan itu belum bersedia bersama lelaki tersebut.

Percaya atau tidak lelaki memang suka dimanja. Sebab lelaki sebenarnya sudah tiada tempat untuk bermanja selain ibubapa mereka apabila telah besar panjang. Kalau dah kahwin, memang isteri sahaja tempat untuk mereka luahkan perasaan, masalah dan bercerita. Kalau bakal isteri yang dicadangkan sekarang still tak faham apa yang berlaku, maka tak guna dia teruskan hubungan sebab dia tahu benda ini akan ada masalah di kemudian hari.

Kenapa kadang-kadang lelaki nak elakkan diri dari berjumpa dengan teman wanita dia? Sebabnya, apabila lelaki ini cuba untuk meluahkan sesuatu masalah yang melanda,  teman wanita pula menambahkan lagi masalah dan buat dia berasa lebih kusut dan berserabut.  Jadi better dia keluar dengan kawan-kawan kerana ia lebih meringankan otak. Banyak faktor sebenarnya, antaranya sebagai contoh berpakaian kurang menarik yang gagal menarik perhatian pasangan. Tidak pandai mengambil hati pasangan semasa keluar bersama samada melalui sentuhan dan sebagainya. Tiada menciptakan sesuatu yang agak puitis dan romantik.

Kalau teman wanita itu sangat hebat, lelaki tu akan tinggalkan kawan-kawan  dan lebih mendahului teman wanita mereka dalam apa jua keadaan. Sehinggakan lelaki itu berasa:

"Lebih baik aku keluar dengan girlfriend aku dari lepak dengan diorang.. Lagi best!" 

Kalaulah perkara ini terjadi, ini boleh dikatakan perempuan itu sangat pandai ambil hati teman lelakinya. Pingat EMAS untuk perempuan itu. Percayalah!


Shino said: Sila percaya!





Menarik kah Aku?

Imej ni sangat penting. Walaupun kita fikir:

"Alah biarlah saya low profile je, biar apa orang nak cakap pun" 

Salah sebenarnya, imej memang penting. Kalau buleh nak la jugak ikut trend. Bukan hanya bersahaja.

Maknanya biarlah "up to date" sikit dalam pemakaian. Kadang-kadang perempuan mudah salah anggap. Bila dah kahwin dan ada anak mula tak jaga body. Mengelebeh sana-sini, keluar pergi kedai pun pakai kain batik, seluar lusuh dan baju T besar.

Tapi bagi orang lelaki, bila tengok isteri dia selekeh gitu rasa sangat kecewa lah. Maka, mula rasa nak mengatal sebab geram.

Bukan salah lelaki juga, sebab orang lelaki ni memang nak tengok orang perempuan milik dia berimej yang disukai oleh dia.

Bukan nak suruh pakai seksi, NO..!! tapi dressing tu biarlah menarik. Satu lagi orang lelaki ni akan bangga apabila dia berjalan dengan orang perempuan yang berpenampilan menarik. Dengan sendiri dia akan jadi sayang dan suka. 

Satu lagi, kalau orang lelaki membeli sesuatu pakaian atau perhiasan kepada perempuan, memang dia akan berharap mereka akan pakai. Pantang sekali kalau perempuan tu tak suka sebab kalau berlaku gitu, dia tak akan beli lagi benda tu. Sebab dia akan frust!

Sebenarnya, nak dressing menarik ni senang sahaja, yang pertama kena berani dan pilih imej mana yang sesuai dengan kita. Dalam kepala kena ada satu sumber inspirasi untuk jadi guide kita.

FAKTA 
Walaupun, wajah kita ini tak mempunyai rupa yang agak menarik, penampilan dan dressinglah yang akan menaik kan value keanggunan seseorang perempuan itu. Percaya lah! 

Shino said : hurmm..take note!

Personaliti & Keterampilan

Pandangan:
Seorang perempuan yang pandai mengayakan pakaian mesti akan nampak menarik. Penampilan adalah imej. Ia melambangkan status, keperibadian dan gaya tersendiri.

Berpenampilan menarik tidak semestinya berbelanja dengan lebih untuk membeli pakaian tetapi sudah cukup dengan hanya memilih pakaian yang seiring dengan bujet kita.

Sebagai contoh, memakai blouse atau kemeja pasar malam pun boleh nampak menarik kalau dikenakan dengan seluar atau skirt labuh. Janji kena gaya dan cara padanan pakaian itu.

Pakaian baju kurung memang sangat ayu tetapi kebanyakkan perempuan berpendapat ia kurang selesa dipakai di waktu santai dan berjalan-jalan di shopping complex. Kebanyakkan baju kurung adalah lebih sesuai untuk majlis rasmi dan juga pakaian office. Atau menghadiri sesuatu taklimat, kursus yang agak formal. Peringkat umur mempengaruhi.

Me pulak suka tengok girl pakai Kurung Moden or Kebaya. Jadi, macam mana untuk berpenampilan menarik ini?

Idea :
a) Sila lihat pemakaian orang lain yang agak sebaya. Samada di shopping complex atau tempat keramaian. Biasanya student kolej sangat pandai mengayakan pakaian mereka. Nampak keechi dan sangat cute!

b) Rujuk majalah fesyen.
Juga boleh rujuk blog ini : KLIK

c) Penelitian dalam televisyen.

d) Ambil peluang berkunjung ke bandar besar untuk melihat gaya berpakaian mereka. Ia sangat berbeza dengan pedalaman. Mungkin pemakaian mereka lebih moden dan bergaya. Tapi jangan pula ter-OVER.

Tidak menarik :
a) Perempuan berbaju besar dan labuh. Berseluar berlipat 3 dikaki. Memakai selipar sehingga jari kaki beliau terjulur keluar. Tudung yang sangat selekeh dan tidak kena dengan pakaian.

b) Seluar jenis bootcut. (jean/slack)

c) Seluar slack kain licin kaler putih.

d) Baju blouse berbunga dan bermanik berkilat sangat banyak.

e) Berjubah berkilau seperti perempuan berumur bagi mereka yang masih dianggap berumur 20-an. (Sila jangan salah anggap. Banyak cara untuk menutup aurat bukan dengan memakai baju seperti langsir itu sahaja)

FAKTA:
Sangat susah untuk berbicara pasal pemakaian dengan perempuan sebab mereka ini sangat mudah terasa hati.

Shino Said : Ape pun lain, itu masing-masing punya suka.Hehehe

Sayonara..Wivo


Akhirnya, Wivo ini terpaksa aku lepaskan. Buka sebab bermasalah tetapi perasaan untuk upgrade senjata yang lagi power tu dah tak dapat bertahan lagi. Sejak diiklan dari semalam. Sudah banyak panggilan telefon bertanyakan Wivo keramat ni. Mereka ini berkemungkinan akan melamar Wivo dalam masa terdekat ini.

Dulu bukan tak pernah iklankan tetapi, bila ada buyer yang bawak duit seguni. Aku jadi berubah fikiran. Rasa sayang amat kat Wivo ni. Buat aku serba salah.

Kalau diikut, memang sangat banyak kos yang dibelanjakan ke atas Wivo kesayangan aku ini. Sehingga hampir 98% menyerupai versi Evolution II buatan Mitsubishi. Tetapi kalau nak disimpan nanti tak muat pulak garaj then terpaksalah Wivo ini berhujan panas dan akhirnya menjadi besi buruk. Apa pun, bila diri dah nekad. Wivo harus dilepaskan.

Kereta Apa Itu?

Orang kita suka sangat memberi nama binatang@seumpama pada kenderaan khususnya kereta sehingga banyak nama kereta yang pelik-pelik keluar. Maklumlah, kalau nak kenalpasti suatu model dengan membaca serial pada bonet belakang kereta dan membaca brosur memang jarang sangat dibuat oleh orang kita yang memang dah tahu jenis yang tak suka membaca. Lain lah kalau kita ni ulat buku. Tapi bukan ulat bulu@ulat beluncas.

Oleh kerana banyak sangat model kereta yang keluar pada setiap tahun, maka teknik perumpaan ini dijadikan sebagai asas untuk mengenal model kereta tersebut. Sebagai contoh yang biasa didengar ialah :

Kereta Honda "Kabur"
Kereta Honda "Jerung"
Kereta Honda "Bawal"
Kereta Honda "Paus"
Kereta Galant "Kuda"
Kereta "Kura"
Kereta "Giling"
Kereta Charade "Mata Kucing"
Kereta Mercedes "Mata Belalang"
Kereta BMW "Mata Setan"
Kereta Civic "Mayat"
Kereta "Labi"
MPV Alphard "Mesin basuh"
Kereta Kancil - nama komersil perodua
Kereta Kelisa - nama komersil perodua


Mungkin banyak lagi yang belum disenaraikan. Anda sahaja yang tahu. Jadi benda ini sudah biasa dalam masyarakat kita.

Shino Said : Teringat kereta Wivo i..

Present

Ini bukan chrismas present oke! Tapi my birthday's present dari sum one. Siapa dia? Jawapannya adalah RAHSIA. Sila jangan teka sebab takde hadiah untuk itu. Sangat sweet dan special. Satu-satunya hadiah yang diterima pada birthday kali ini.


Apepun, diucapkan banyak-banyak terima kasih kepada beliau.

Shino Said : Dapat hadiah perfume.

Genap Usia 28 Tahun


Alhamdulillah, syukur pada hadrat ilahi kerana dipanjangkan umur sehingga genap 28 tahun aku hidup di dunia.

Antara ucapan sehingga pada malam 5 Disember 2009
(Sabtu) :





Mama said:
Selamat hari lahir ke 28, moga panjang umur, rezeki bertambah,berkat dunia dan akhirat dan bakal menjadi suami dan anak yang soleh.. amin. Doa dari umi..

Cik B said:
Happy Birthday to u...


Adik Da said:
Selamat hari lahir Ngah.. moga tercapai apa yang diimpikan..amin..

Encik Norrazali said:
Selamat hari lahir. Panjang umur, murah rezeki dan dapat pasangan hidup. Amin.

Nur Wahida aka Yonna said:
bro! happy birthdayyyyy!! :)

Riana Yan said:
ello!!! (",) happy b'day... wish all the best...

Hafidz Rahman said:
Hey birthday boy ;) wishing u all da best :) Selamat Hari Lahir... ^^

Avissawella Amy said:
selamat hari lahir =)

MizzAmy Zalini said:
happy birthday en shino..


Neo Erich said:
hepi bufday..may all ur wishes come true...

Nadia Halida said:
hepi besday to u..

Fizah said:
Epy besday..moga d murahi rezeki dan dapat capai apa yang diimpikan sebelum ini.

Cik Enna said: ****Heppy BesDay*****

Aliya said:
Happy 28th Birthday!

Azie myumi said:
Happy buzzday! All the best 4 ur future life ahead..

Fatin Baharum said :
happy birthday ! god bless u now & always, :)

Siti Mesdura Mohd Jaafar said :
hepi birthday 2 u

Dina Dinas said :
alu, epi besday yer :)

Maka, terima kasih ini ditujukan kepada semua kawan-kawan dan juga yang tersayang kerana mengingati tarikh ini.

Shino Said : Lahir pada akhir tahun memang tak lari dari bencana banjir.

Musibah Kali Kedua

Entri kali ini ialah berkenaan bencana alam. Tak perlulah aku ceritakan dengan panjang lebar. Sila lihat gambar berikut.

















Air banjir ini bukan air limpahan sungai tetapi adalah air hujan yang gagal dialirkan dengan sempurna.

Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak riang ini

Yang pasti, ia mengundang sengsara. Apa tidaknya, aku terpaksa membersihkan kesan banjir tersebut umpama baru pindah ke rumah baru.

Apa pun hujan itu rahmat. Hujan juga menyuburkan bumi gersang. Yang salahnya ialah sistem parit yang tersumbat dek sikap durjana manusia yang suka membuang sampah ke dalam longkang. Bila mereka ini nak insaf!

Shino said: Air limpahan ini bukan dari Sungai Keladi kan? Hehe
Related Posts with Thumbnails