Pandangan:Seorang perempuan yang pandai mengayakan pakaian mesti akan nampak menarik. Penampilan adalah imej. Ia melambangkan status, keperibadian dan gaya tersendiri.
Berpenampilan menarik tidak semestinya berbelanja dengan lebih untuk membeli pakaian tetapi sudah cukup dengan hanya memilih pakaian yang seiring dengan bujet kita.
Sebagai contoh, memakai blouse atau kemeja pasar malam pun boleh nampak menarik kalau dikenakan dengan seluar atau skirt labuh. Janji kena gaya dan cara padanan pakaian itu.
Pakaian baju kurung memang sangat ayu tetapi kebanyakkan perempuan berpendapat ia kurang selesa dipakai di waktu santai dan berjalan-jalan di shopping complex. Kebanyakkan baju kurung adalah lebih sesuai untuk majlis rasmi dan juga pakaian office. Atau menghadiri sesuatu taklimat, kursus yang agak formal. Peringkat umur mempengaruhi.
Me pulak suka tengok girl pakai Kurung Moden or Kebaya. Jadi, macam mana untuk berpenampilan menarik ini?
Idea :
a) Sila lihat pemakaian orang lain yang agak sebaya. Samada di shopping complex atau tempat keramaian. Biasanya student kolej sangat pandai mengayakan pakaian mereka. Nampak keechi dan sangat cute!
b) Rujuk majalah fesyen.
Juga boleh rujuk blog ini : KLIK
c) Penelitian dalam televisyen.
d) Ambil peluang berkunjung ke bandar besar untuk melihat gaya berpakaian mereka. Ia sangat berbeza dengan pedalaman. Mungkin pemakaian mereka lebih moden dan bergaya. Tapi jangan pula ter-OVER.
Tidak menarik :
a) Perempuan berbaju besar dan labuh. Berseluar berlipat 3 dikaki. Memakai selipar sehingga jari kaki beliau terjulur keluar. Tudung yang sangat selekeh dan tidak kena dengan pakaian.
b) Seluar jenis bootcut. (jean/slack)
c) Seluar slack kain licin kaler putih.
d) Baju blouse berbunga dan bermanik berkilat sangat banyak.
e) Berjubah berkilau seperti perempuan berumur bagi mereka yang masih dianggap berumur 20-an. (Sila jangan salah anggap. Banyak cara untuk menutup aurat bukan dengan memakai baju seperti langsir itu sahaja)
FAKTA:
Sangat susah untuk berbicara pasal pemakaian dengan perempuan sebab mereka ini sangat mudah terasa hati.
Shino Said : Ape pun lain, itu masing-masing punya suka.Hehehe




10 gigitan bisa:
hahah memang pun senang terasa hati. macam saya suka pakai kemeja labuh dan longgar. itu cara saya. tapi bila bf tegur terus terasa and tawar hati :P
saya baca dari RD, pakaian paling baik ialah bukan yang melekap ditubuh tapi mengikut bentuk tubuh :D
owh eh.
sejak bila jadi pakar analisa fesyen neh.
btw.
saya hentam je pakai baju kurung/kebaya after work g shopping complex.
siap tgk wayang ag.
kt tengah2 kota ag.
meamng orang akan pandang je.
tapi.
ai dulik pe.
hoho..
baju kurung tak lekang dek zaman.
sama seperti baju melayu.
hohoho..
p/s:sejuk hati tengok kaum adam pakai baju melayu tiap2 jumaat.
kalau i, i lebih suka yang simple dan menarik. tapi, kadang-kadang ikut mood gak nak pakai yang lawa2 sket, bak kata org nak 'menjangok' hahaha! klau ke opis sememangnya baju kurung la, tapi i prefer kemeja and skirt labuh (kalau seluar boleh pakai, dah lama pakai huhu..)apa2 pun, kalau pandai menggayakan, pakai apa pun nampak nice je kan?
damme damiah,
Janji menarik dan xde lah nampak cam selekeh :P
arjuna qaseh,
Baju kurung paling senang nak digayakan kot sebab semua perempuan yang pakai baju kurung nampak menarik dan sangat ayu. :P
aVissaWella86,
Eh ..betol. U xpernah pakai skirt labuh g opis :P hehehe
haha terasa ke? xdela terasa sgt even kadang2 sy sgt selekeh. sy suka pkai tees+jeans+sliper je. melaram pd waktu2 tertentu. berkebaya mmg cntik sbb ekot bentuk bdn tp leceh nk jalan sempit. pastu lg org asyik pndng2 aiyooo xsuka hahaha. i prefer baju kurung je kot. pegi shoping komleks pn hentam je la ngn baju kurung hehe.
skinny jeans n straight cut jeans xsemua org sesuai pkai. pear shape body mmg lebih sesuai pkai boot-cut jeans (=
cirrhilabrus,
owh.. thanks 4 sharing.. pepun yang pasti, semua orang dressing ialah untuk nampak menarik kan? :)
kalau kerja tu memang selesa berbaju kurung je, tp kalau santai memang blouse + slack, dalam koleksi sy memang tk de jeans ehehe..memang berstokin lah! dah terbiasa, kalau tk pakai stokin tu memang rasa cam pelik je..ehehe..
anifas,
Slack khakis dengan blouse or kemeja sangat anggun kan? :P
bagi saya,saya suka nmpk pmpuan yang elegan n walk with confident,xtau la..and saya nk sgt jadi ine of them,apa pun pemakaian kita,jgn over,asal selesa...jgn nk nmpk cntk,dedah sana sini..just be nice,mgkn yg smple itu akan nmpk seseorg itu tampil lebih menarik..
aliya,
kamu pandai bergaya aliya.. :)
Post a Comment