Hari ini aku dapat semangat baru. Semangat pejuang-pejuang seangkatan. Pesanan dan nasihat kawan-kawan menjadi asas untuk aku mengorak langkah. Sikit masa sahaja lagi. Cuma hanya tinggal tiga (3) langkah sahaja seumur hidup aku yang menjadi misi abadi. Tak sabar rasanya untuk selesaikan sekaligus. Namun, tanpa ilmu didada, goyah juga hasrat ini.Oleh itu, aku perlukan ilmu untuk itu. Tanpa ilmu dan usaha yang berterusan tak kemana perginya. Hanya impian menjadi mimpi siang yang datang dikala kesunyian.
Kalaulah si buta yang cacat anggota boleh melihat dengan mata hati, inikah pula manusia sempurna zahir dan batin? Semuanya bermula dengan satu niat. Niat adalah perkara utama yang perlu ditanamkan. Tanpa niat, tiada lah perilaku.
Kesibukkan bersosial dengan rakan seperjuangan, sedikit sebanyak boleh melupakan segala dilema dan masalah yang melanda. Ada yang berpendapat langit dan bumi jauh bezanya. Namun, langit dan bumi boleh bersatu. Itulah lumrahnya.
Bila dikaji dengan teliti keesaan kejadian alam, kita dengan sendiri akan faham apakah sebenarnya kesan tersirat daripada kejadian langit dan bumi.
Dalam mengejar impian di dunia, kadangkala kita leka dengan perkara wajib yang dituntut. Ia juga perlu dilaksanakan dengan sempurna. Barulah berkat dunia akhirat.
Shino Said : Aku harus sedar.




8 gigitan bisa:
well...congatulations on that.. =]
"cuma hanya tinggal 3 lgkh shj seumur hidup aku yg menjadi misi abadi. Tak sbr rsnya utk selelsaikan sekaligus"
Sabar shino,jgn tersilap lgkh,sbb tu kena ada step ok..jgn terburu2 yekk..itu yg terbaik
wahh bro ada big project ke? heee
anyway good luck utk semua yg akan bro buat :)
dummy,
thanks. :)
aliya,
Sabar sambil timba ilmu nih hehe
Projek Kedai Emas akan difikirkan kemudian. Tp i kena tengok proposal dulu.. tengok cash flow mcm mane huhu
:P
yonna,
Thanks yonna :)
ok bro..saya dah bncg dgn bos..200k cukup..tp kena mula drp bwh la..drp 0..nanti la..byk lg kena blaja nih..tapi yg penting kena sabar n berusaha lagi..kunci kejayaan n berjaya
aliya,
200K?? hohoho
sila kumpul maklumat secukupnya sebab
modal sangat besar.. :D
RM200k buat loan 15 thn,
i ingat dalam rm2k lebih sebulan
:P
shino,
200k adlh yg plg minimum sbb masa tuh thn 98..tapi kena tgk lor..
bajet utk renovate kedai pun dah 30k...tak perlu buat loan..nanti byk hutang..kena ada modal cash okeiii
aliya,
CASH... ? ngee..
kalau tokey sawit bole kot :P
Post a Comment